Assalamualaikum
BBY BLOG. Saja nak share beberapa tips yang aku guna tak peningkan kepala sebelum
bernikah untuk dapatkan cahaya mata. Sapa yang dah kahwin pon boleh guna pakai.
Tapi tips ni saranan dari orang yang share kat aku bukan dari pakar ok, tapi kena ingat rezeki tu
rahsia Allah. Effort tu yang penting.
1)
PIL ASID FOLIC - saranan kawan
Ramai
kawan aku yang sarankan makan pil ni sebelum berkahwin, atau 6 bulan sebelum
berkahwin. Alasan kukuh dia orang adalah untuk suburkan mana yang patut.
Aku pon ada beli tapi tak pernah makan pon. Aku tanya sepupu aku yang nurse tu
dulu, boleh tak makan asid folic, dia kata pil tu untuk ibu mengandung je untuk
tambah darah, kalau belum mengandung takda membantu apa pon. So aku simpan tak
makan walau sebiji pon. Tapi kalau nak mencuba apa salahnya, boleh beli kat
farmasi, dan mintak penerangan dari pihak farmasi.Nama lain bagi pin ni
boleh panggil vitamin B9. Kegunaan sebenar adalah untuk membina sel-sel baru,
sebap tu bagus untuk ibu-ibu mengandung untuk pembinaan sel badan baby cute.
2)
KERAP BERSAMA - saranan bersama
Actually
aku takda la kerap sangat bersama masa baru-baru kahwin sebap kekangan waktu
kerja. Tapi sentiasa cari masa untuk bersama, pantang berdua jangan
menolak hahaha. Bila bersama membuatkan kita semakin erat, paling penting dapat
menjalankan kewajiban sebagai isteri & dapat pahala. Dah halal apa lagi,
gayakan la semua aksi tu yang penting. Kalau korang off hari yang sama lagi
syok, boleh bantai 3x satu hari. Hahahah saranan yang sangat menbantu tau.
3)SEBELUM
& SELEPAS - saranan kawan
Penting
sangat ni. Sebelum bersama kena la doa sikit, berwuduq, memadailah kalau
bissmillah dari takda, dapat elakkan
dari syaiton mengintai aksi korang. Ada doanya, sebelum semasa dan sesudah.
Kalau korang pergi kursus kawin mesti korang tau. Lepas tu bila suami nak ...
tu seeloknya isteri kat bawah & suami kat atas dannnn alas punggung isteri
tu dengan bantal. Tips ni Iera yang bagi kat aku supaya tak tumpah
katanya. Mesti comel kalau dia tumpah, dapat tengok dia berenang-renang hahahha.
4)
MASA YANG TEPAT - saranan kawan
Tips
ni Iera juga yang bagi. Sebaiknya malam tu kalau nak bersama biar awal malam
jangan pukul 11 atau pukul 12 malam. Biar awal sebap taknak terkejar dengan
waktu tidur nanti, tak cukup tidur, nak kerja, nak bangun subuh, paling penting
kena sama-sama enjoy jangan asal boleh jek. Kalau pagi seeloknya sebelum
waktu subuh, pukul 4 pagi tu waktu cun-cun untuk bersama sebap tu waktu paling
segar &a subur untuk kaum suami menyalurkan benihnya kepada penerima.
5)
WAKTU SUBUR - saranan bersama
Ni
khusus untuk para isteri. Korang mesti tau kan waktu subur korang bila. Biasanya
minggu pertama selepas korang bersih dari period. Ada kiraan lain
sebenarnya, tapi aku tak pernah amek tau pon. Kalau aku biasanya lepas bersih
jek, first week tu aku akan kerap bersama sebap tu adalah masa subur bagi
perempuan. Minggu ke 2 ke 3 & ke 4 aku tak pernah lupakan, sebap waktu
subur untuk lelaki kan hari-hari hhahhahha, takkan nak fokus seminggu je kan.
6)
BERURUT - saranan bersama
Berurut
ni penting sangat untuk suami isteri. Sepatutnya sebelum korang bernikah korang
berurut dulu untuk betulkan kedudukan urat-urat tu. Biasanya lelaki susah sikit
nak dapat orang yang pandai mengurut ni. Jangan hanya fokus untuk urutan
batin eah, tapi satu badan. Lain la korang memang rajin pergi pusat
mengurut, tu aku tau la urat korang memang dah padu. Untuk wanita biasanya
fokus pada rahim. Macam aku sendiri rahim aku bengkak, alhamdulillah
mengandung dah sekarang. Macam kawan aku rahim dia bergalih, yang tu lawak.Sekarang
kan dah moden dah ada banyak spa. Sebenarnya ada sebap juga kenapa kena pergi
spa, salah satu sebapnya adalah untuk menyegarkan badan, membangkitkan semangat & rehatkan minda.
Jadi bila nak bersama tu kita rasa seksi wangi enjoy etc. Kos untuk mengurut
biasa 1 badan baru RM50 ke atas, untuk spa RM150.00 bergantung pada pakej.
7)
PEMAKANAN & MINUMAN - saranan bersama
Bagi
lelaki ada beberapa jenis makanan yang membantu untuk menyuburkan sperma. Aku
sarankan makan makanan yang sihat macam pisang, dark coklat,telur, kacang
walnut, bayam hijau. Semua makanan tu bagus sebab banyak vitamin yang
diperlukan, mampu menyuburkan sperma & meningkatkat jumlah air mani. Kurangkan
minum minuman yang berkafin, minuman isotonik dan bergas. Salurkan benih
yang sihat anda kepada kami ye.
Bagi wanita pula leceh sikit. Kalau boleh
elakkan makan makanan/buah yang tajam dan minuman yang tinggi kandungan gula.
Jangan makan buah-buahan tajam sebap kita taktahu bila Allah hadirkan zuriat tu
pada kita. Contohnya kita tak tahu kita mengandung 1 minggu atau 2 minggu, kita
main makan je nanas misalnya, tau-tau je keguguran. Jadi langkah selamatnya
kalau korang memang baru berkahwin dan inginkan zuriat, elakkan makan makan
yang tajam atau yang boleh mengakibatkan keguguran. Lagi pun takda
pengalamankan. Sebap kita tak tahu bila ianya hadir, rahsia Allah kan. Lagi 1
minuman, jangan minum minuman bergas, sebap ia akan mematikan semua benih yang
telah disalurkan. Kalau boleh elak kan sangat-sangat. Minuman bergas tu
sifatnya sangat tajam, mampu mengikis usus perut, menanggalkan karat, ejen
pencuci tandas OMG tolong tinggalkan terus minuman macam ni, dahla kandungan
gula yang sangat tinggi, korang yang sihat takda kencing manis tau-tau mengandung
je dapat kencing manis. Pemakanan sihat & seimbang tu penting sangat sangat
sangat. Kalau korang mengandung taknak ulang-alik ke klnik tiap hari baik ikot
saranan aku ni dari awal dari sebelum korang mengandung.Antara makanan yang dapat membantu seperti :
a-
Makanan
tenusu sangat membantu, contohnya susu, keju, yogurt & aiskrim. Tapi jangan
la ambil dalam jumlah yang banyak, seminggu sekali ke. Kalau susu tu minum yang
low fat, boleh minum hari-hari.
b-
Makan
buah/sayur/ulam yang bewarna cerah juga membantu sebap mengandungi banyak gizi
yang sihat. Korang beli buah 2 atau 3 jenis lepas tu campur. Ingat ! jangan
makan dengan sos pencicah ke asam-asam ke, garam ke gula ke, tu semua
penghancur kesihatan. Paling bangus makan buah tampa sebarang bahan pengawit
dan manisan buatan sendiri. Salurkan bahan segar dalam badan korang k. Kalau
nak dinginkan sekejap pun bagus juga, kita makan pon sedap rasa fresh je.
c-
Makan
makanan yang mengandungi sumber protin dan zat besi yang tinggi seperti daging
dan ayam. Tapi sesekali selitkan juga makanan laut macam, ikan, kerang, sotong.
Takkan nak makan ayam dengan daging memanjang kan. Sebap setiap binatang yang
kita makan tu kan mempunyai khasiat yang tersendiri, contohnya kerang dapat
menambah darah dalam badan. Simple.
d-
Makanan
lain banyak makanan sayur hijau. Aku bagi tips sikit untuk cuci
sayur. Kalau dah siang sayur dah potong seeloknya rendam sekejap dengan air
garam, untuk menghilangkan racun serangga pada sayur. Korang beli sayur mesti
cari daun yang cantik kan, sebenarnya daun yang cantik tu la yang banyak disembur serangga perosak supaya tak dimakan oleh ulat atau serangga.
e-
Lain-lain
aku malas nak huraikan tapi aku cuma nyatakan je. Wanita pon perlu makan telur.
Telur rubus misalnya untuk sarapan pagi atau lauk makan malam. Takda la korang
makan makanan yang berminyak kan. Lain banyak kan makan kekacang, makanan
sunah, makanan yang sihat dan halal.
8)
BERSUKAN – saranan bersama
Aku
takda la bersukan pon. Tapi memadai banyak berjalan dalam 30minit 1hari
(window shoping misalnya), banyak buat aktiviti dalam rumah macam menegemas,
menyapu, mengemop, bercucuk tanam. Weii semua tu penat k. Apa saja aktiviti
yang boleh mengeluarkan peluh korang boleh buat. Jangan mengadap gejet
acah-acah google je tapi tak buat apa. Tapi korang yang kaki sukan kaki gym tu
terbaik lahh. Elakkan gejala yang tak sihat k, jangan merokok, jangan minum arak, jangan ambil ubat terlarang etc.
8)
KEMAHUAN BERSAMA - saran bersama
Ni
bagi aku point paling penting. Kalau korang dah buat 8 tips kat atas tapi
still belum dikurniakan cahaya mata, berkemungkinan salah sorang dari korang
belum bersedia. Jujur dari hati aku yang dalam. Biasanya lelaki. Mana
taknya, kumpul duit kawin + hantaran je dah separuh nyawa, lepas kawin nak
tanggung anak orang, bayar rumah bayar kereta bayar bill bayar ptptn bayar
hutang majlis kawin, belum bulan madu lagi tu. So biasa dia akan niatkan dalam
diri untuk dapat anak lambat. Lambat sikit la. Sebap dia takut tak tertanggung.
Tapi kalau jenis suami yang berkemampuan tapi belum ada niat nak ada cahaya
mata mungkin dia nak hidup berdua dulu. Jangan cakap aku karang eah point yang
ni, sebap ni kisah benarrr. So korang perlu sangat slow talk dengan pasangan,
dah ready atau belum. Allah maha mengetahui.
9)
ROHANIAH - saranan bersama
Tip
dari segi intelektual dah, jasmani dah, emosi pon dah. Tapi jangan abaikan dari
segi rohani pula k. Kalau dari seri rohani ni more tu islamic views. Aku share
apa yang aku dgn suami aku buat la eah. Aku banyakkan bersedekah, belanja orang
makan, doakan orang, macam-macam la. Selalu juga aku ingatkan suami aku, kira
peringatan bersama la. Bayangkan macam mana Allah nak bagi kita rezeki DIA
kalau rezeki yang kita ada pon kita berkira, betul tak. Jadi kita sucikan hati
kita dengan banyakkan bersedekah. Mudah tapi susah nak buat, aku tau. Benda
lain yang kita orang buat adalah solat berjemaah, tapi memang susah sangat nak
dapatkan waktu solat berjemaah ni. Membaca al-Quran / surah-surah yang dapat
membantu juga perlu. Biar salah tapi kita ulang, jangan terus abaikan al-quran.
Mengaji tu makanan penting rohaniah kita, walaupon hanya dengan bacaan surah
Yassin. Surah Yassin merupakan hati bagi al-Quran, jadi memadailah seminggu
sekali bacanya.
10)
DOA & TAWAKAL - saranan bersama
Yang
terakhir adalah kita berdoa dan bertawakal. Setiap apa yang kita dah usaha kena
memohon & merayu pada Allah semoga dimakbulkan hajat kita. Jangan la dah
usaha macam-macam tapi stop macam tu je. Lepastu tiap kali solat, sujud yang
terakhir jangan lupa sebut dalam hati apa yang korang hajatkan, jangan
dilafazkan pula nanti batal solat korang tu. Bila kita bersujud kita
merendahkan diri pada Allah sambil berdoa, inn shaa Allah permintaan kita akan
tertunai. Cuma lambat atau cepat jek. Waktu-waktu doa dimakbulkan tu korang
ambil la berdoa banyak-banyak, tak payah nak angkat tangan bagai nak menunjuk
kau tengah berdoa, dalam hati cukup. Allah tu tak pekak, kau cakap dalam hati
pon Allah dengar. Antara waktu mustajab berdoa ketika dengar azan, time hujan
rahmat turun, selepas solat, banyak la waktu mustajab berdoa.
p/s:
Aku bukan la doktor ke pakar kesihatan ke ahli sain ke nak share yang begitu mendalam. Ni kira perkongsian suka-suka je, paling penting mudah. Aku kan suka berkongsi, tak gitu? Kita nak kena positif, jangan jadikan zuriat ni satu tekanan atau kegagalan
hidup. Lantak p la makcik-makcik bawang tu nak cakap apa pon, rezeki tu rahsia
Allah kita sebagai hambanya hanya perlu akur. Bila naluri aku semakin kuat nak
sangat anak, aku selalu usap perut aku, selalu bercakap seolah-olah anak tu dah
ada, aku nak berjalan ke nak makan ke sentiasa kuatkan hati yang aku bersama
anak aku. Tak lama lepas tu TADAAAAAA aku mengandung sebap datang period lewat
3 minggu. Alhamdulillah.Korang pon kena yakin & kuat semangat k. Kalau kita tak bertemu anak kita di dunia kita akan bertemu kat syurga. Aku doakan kesihatan korang untuk merasa nikmat mengandung walaupon sekali. aminnn.
THANKS
ReplyDelete