بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
Hahaha. gelak cikit.
Ni kira sweet moment juga lahh. Kalau aku tak update kat blog aku lupa benda ni.
Aku kenalkan dulu akak2 ni. Dari belah kiri kak Ani, kak Zila, aku & kak Yatie.
Akak2 ni semua adalah leader dan aku sebagai supervisor.
Actually, ni first time aku kerja kilang. Sepanjang hidup aku 21 tahun ni lah pertama kali aku menjejakkan kaki di kilangn bekerja di kilang.
Nama kilang PODOYO PLASTIC (M) SDN. BHD.
Aku start berkhidmat 3/7/2014 dan menamatkan perkhidmatan aku pada 11/12/2014. Apa yang aku mampu bagi tau kerjanya memang tersangatlahhhhh gila.
Kerjanya ada 3 shift. Kalau turn kerja shift malam jangan cakap r, start pukul 8 p.m dan aku tak akan dapat balik pukul 8 a.m atau 9 a.m. Paling cepat pun pukul 9.30 la paling lambat 2pm. Balik mata rabak teros terbongkang lepas asar bangun. Eahhh sakit hati kalau aku nak cerita semua. Waktu kerja memang gila r. Tidur siang tak sama macam tidur malam. Time nak tidur je nak kena amik adik balik sekolah la, nak kena masak la itu lahhh ini lahhh bila masanya aku nak tidur? Ada time nak tidur mata pulak tak boleh nak tidur, lagi la annnn. Paksa macam mana sekali pun memang memang & memang tak boleh lelap punya lahh. Lepas tu malam nak masuk kerja mood memang down gila. Lagi kalau masuk kerja je output low lepas tu mesin banyak problem down sana sini. Memang nak mencarot la jawabnya kan. Lepas tu chek menpower ada operator yang tak datang. Peerrrhhh tu lagi sakit jiwa. Bukan senag nak bekerjasama dengan dia orang ni. Pekerja dah la semua import dari Viatnam & Nepal, baik punya. Sedikit sebanyak la.
Pasal gaji honestly memang takda masalah. Basic je dia bagi RM1500, alaun kenderaan RM300, shift siang RM2 malam RM4. Tiap2 bulan boleh la dapat RM2000++. Tapi rezeki aku sementara je kat kilang ni. Gaji memang la ok sangat lagi masuk over time kan memang terbaik.
Bagi aku kerja memang takda pressure, tapi yang buat aku tekanan adalah sinior aku yang bbeerrrrrrrrrrrr. Hobi beliau bagi aku tekanan. Tapi time mood dia baik nak bergurau bagai, ayat manis kalah gula yang boleh potong kaki orang. Pernah sekali tah gila apa dia, aku masuk offise dia menyorok bawah meja orang sebelah dia. Ajak aku bergurau pulak orang tua ni eak, aku layankan je karenah semua ni. Dia satu hal, atas ni manager aku. Yang ni malas la aku cerita. Next manager production. Perrhhhh berasap telinga. Hobi dia nak menjerit je kerjanya. Tapi i like your body, ketol2. hahha.
Ni lahh sedikit sebanyak kenangan aku keja kat kilang. Ragam orang kilang, dia punya gaya dia, riyak takbur bla bla bla. Dunia pekerjaan masing2 lain kan. Thanks, bagi aku sedikit kesempatan menimba pengalaman di tempat orang :)
p/s: walau apa pun kerja yang kita buat, lakukanlah dengan seikhlas hati kerana Allah inn sha Allah gaji kita diberkati dan pekerjaan kita diredahi. Amiinn.
No comments:
Post a Comment