" Masa adalah musuh utama pelajar. Jika pelajar bijak mengurus masa, maka semua soalan akan dijawab dan pelajar juga mungkin dapat skor markah yang tinggi.
Cara paling efektif untuk berlatih mengurus masa ialah dengan menjawab soalan tahun-tahun lepas. Anda dinasihatkan agar membuat seberapa banyak latihan yang anda mampu dengan menetapkan masa menjawab soalan-soalan sedang menjawab soalan semasa peperiksaan sebenar. Melalui latihan sebegini, anda akan menjadi lebih arif dan efektif dalam mengurus masa semasa menjawab soalan.
Punca kegagalan pelajae tidaklah banyak dan majoritinya ialah kecuaian dan kelekaan pelajar sendiri. Jika pelajar dapat memperbaiki kelemahan mereka, maka sudah tentu mereka sudah berupaya mencapai kecemerlangan SPM kelak.
Saya ucapkan selamat berjuang kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM. Semoga anda dapat mencapai kecemerlangan yang luar biasa dalam peperiksaan.
Selamat Berjaya!"
Salam semua. Hmmm. Kata-kata di atas merupakan sedikit coretan daripada buku Rahsia Skor A Spm. Kata-kata berikut merupakan ungkapan daripada pakar Motivator dan Pengasas 3E iaitu DR. HM Tuah Iskandar al-Haj. Ia nengajar kita cara untuk memperolel kejayaan melalui pengurusan masa melalui peperiksaa. Kata-kata tersebut Mimi pilih kerana ia dapat membantu Mimi untuk memotivasikan diri Mimi dan cara pengurusan masa memandangkan Mimi akan menduduki peperiksaan SPM. Oleh itu Mimi berkongsi sedikit apa yang Mimi peroleh melalui blog Mimi. Mimi harap kita sama-sama dapat mengubah cara pengisian waktu kita dengan cara yang betul. Mimi mendoakan semua calon Spm pada tahun ini dan tahun berikutya akan berjaya. SEKIAN.
No comments:
Post a Comment