12/13/2019

SKINCARE ROUTINE by mimi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bahagia dapat menaip hari ni. Saja la tengok view sebelum buat new post , wowww! view semakin meningkat. Tapi hanya some topik jela. Tu pon kira bersyukur sebap ada yang sudi baca. Sebap sekarang ni terlalu banyak platform, dan membaca merupakan pilihan terakhir bagi sesetengan orang. So special for today nak cerita pasal penjagaan muka.  Malas nak leceh-lecuh straight to the point je.

Dark grey - step skincare
Grey - produk skin care
Soft grey - bentuk produk
Yellow, green, red, purple lain adalah jenis kulit
Peach & dark blur adalah waktu


p/s: 
- ini adalah cadangan yang terbaik untuk anda memilih produk mengikut jenis kulit
- step penggunaan pula bergantung kepada kepekatan produk atau pengetahuan anda
- urutan yang biasa digunakan adalah daripada cair ke pekat
- setiap manusia mempunyi jenis kulit yang berbeza, so permulaan yang selamat adalah memilih produk jenis kulit sensitif
- dapatkan nasihat & penerangan produk sebelum membeli
- jangan terus beli, biasa di drag store mereka menyediakan sample untuk anda cuba
- nak beli kalau boleh beli trial pack, biasa ada dijual di online shop

Table ni adalah hasil rumusan sendiri je. Sape yang baru start nak ada routin sendiri boleh jadikan table ni sebagai rujukan, sedikit sebanyak dapat membantu. Start kenali jenis kulit, than beli produk mengikut jenis kulit. Produk penjagaan kulit muka sekarang terrrlalu banyak, kalau boleh semua orang nak keluarkan produk penjagaan brand sendiri. So hati2. Kalau beli di drag store sememangnya mempunyai kelulusan, ada lab test dan sebagainya. Sekiranya nak beli produk tempatan pastikan mempunyai kelulusan KKM, HALAL dan lain-lain.  

Macam aku selagi tak clear aku akan search sendiri. Background study takda pon pasal beauty,  pharmacy study ke, jadi tak tau sangat fungi ingredients sesuatu produk tu untuk apa. Ingredients tu dia tak guna bahasa pasar, semua guna bahasa sain, contoh air dia guna aqua, parfun dia guna fragrance. Harap kalau ada dermatologist yang terbaca boleh la comment jujur pasal table tu k HAHAHA.

Innshaa Allah next time nak share apa yang aku dah guna dan kesan nye, ke tak berkesan.

7/28/2019

Hana 1hari - 1tahun




























Assalamualaikum dan selamat melawat semua. Nama si comel ni HANA NURNADIA BINTI MOHAMAD KHAAMIM. Bila dah ada anak ni tukar panggilan k, call me BONDA hahaha. Nanti Hana dah besar Hana boleh tengok gambar-gambar Hana kat blog bonda ok, ni gambar Hana dari 1hari hingga 6bulan. Bonda nak share sikit pengalaman bonda sepanjang mengandungkan Hana.

Sepanjang bonda mengandungkan Hana Allah memudahkan semua urusan bonda, kesihatan bonda makan minum bonda semua takda masalah. Hana dalam perut bonda selama 10 bulan lebih tau. Doktor berani tarik hari sebap bonda sihat sepanjang 10 bulan tu. Hana tak banyak ragam, semuanya ok.

First symmetry bonda takda alahan apa-apa, takda morning sickness, selera makan pon ok. Bonda bersyukur sangat. Bonda tak dapat bayangkan macam mana kalau bonda tak sihat time tu, mesti bonda tak terurus, kerja tak settle, semua serba serbi tak siap. Tu lah kuasa Allah, Allah bagi bonda dan Hana kekuatan dan kesihatan.

Second symmety bonda takda apa-apa masalah juga. Tapi baba yang menanggung segala sakit, mengidam, symtom yang biasa ibu-ibu mengandung dapat semua baba dapat. Bonda cuma mengidam sikit la takda la yang teruk-teruk atau yang tak masuk akal. Makanan yang paling susah nak dapat pavlova, makanan yang takdapat buah berangan, lain-lain alhamdulillah bonda dapat makan sepuas hati.

Third symmetry pon alhamdulillah bonda sihat juga. Allah bagi bonda nikmat yang bonda tak pernah rasa seumur hidup. Bonda hargai setiap saat sepanjnag Hana dalam kandungan.Sehari sebelum bonda serah diri ke hospital, bonda makan durian banyak sangat, bonda makan sorang-sorang tau. Bonda makan sorang-sorang kat parking kereta sampai semua cari bonda tak jumpa. Terukkan.

Masa mengandungkan Hana bonda selalu berendam, pergi mandi pantai, mandi kolam, takda la selalu cuma ada la. Amalan yang bonda sentiasa amalkan hari-hari, bonda akan dengar youtube than dengar surah Mariam, surah yusuf & surah luqman. Bonda selalu dengar alunan al-quran, zikir harian, selawat & doa-doa harian. Dari segi pemakanan pula bonda mesti minum susu 2 gelas 1 hari, makan banyak buah, makan banyak sayur, makan makanan sihat. Bonda kena makan 4 jenis ubat dari klinik untuk HAna. Hasil dari permakanan yang sihat dan ubat klnik tu la Hana sihat, kulit cantik, tulang kuat, walaupun berat Hana masa lahir cuma 2.28kg sahaja, bonda tetap berstukur.

Bonda lahirkan Hana di Hospital Sultan Ismail, kira hospital pakar sebap over due. Sampai je hospital terus daftar than bonda terus kena tukar baju. Lepas je tukar baju bonda kena masuk ubat, bonda tak tau ubat apa, lepas tu bonda dipindahkan ke wad biasa. Dalam tempoh yang diberikan bonda masih tak rasa apa-apa contraction, sakit sikit pon tak. Lepas tu bila doc datang chek jalan and air kebuban, doc cakap air ketuban dah pecah and Hana dah berak sikit dalam perut bonda. Bonda try cool relax sebap my first experience and bonda tak faham apa-apa. Tak lama lepas tu doc datang dia suruh bonda puasa sebap nak operated, sebap Hana dah berak, bonda masih tak faha masa tu tapi bonda yakin anak bonda sihat dan selamat.  

Lepas beberapa jam datang doc pakar pula untuk pastikan keadaan bonda dan Hana. Doc pakar cakap it not to dangerous sebap Hana baru berak sikit je. Tak lama lepas tu bonda diarah untuk masuk ke labour room. Sampai je bonda kena induce, masa tu dos cuma 2 je. Bonda still tak rasa apa-apa contractions, than nurs tambah lagi dos tambah lagi dos sampai bonda rasa contraction yang sakit sangat. Bonda menanggung sakit dari pukul 10am 27hb sehingga 4am 28hb. Allah je yang tahu betapa peritnya betapa sakitnya hendak bertarung dengan nyawa. Sampai je 4am jalan baru 8cm, bonda dah tak tahan sangat, so time tu dengan bantuan nurs bonda selamat lahirkan Hana. Syukur Ya Allah. Lega sangat bila Hana dah keluar, penantian selama ni terjawab. Hana sihat dan solehah. Jahitan pon tak banyak cuma 3 je.

Beberapa jam selepas nurs selesaikan Hana dan bonda, kita di pindahkan ke wad biasa. Untuk jam pertama bonda dengan Hana bonda tak tau nak buat apa. Bonda risau kalau-kalau bonda kena bermalam atau kena tahan lagi. First time bonda bagi Hana breastfeeding macam nak menikik air mata bonda, bonda tahan sebap nurs tengah ajar bonda. Hana isap susu laju sangat, yela mana taknya duduk dalam rahim bonda dekat 11 bulan mau tak lapar hahah. Bila bonda nak pakaikan awak baju bonda chek pempers awak, i'am happy sebap Hana berak. Sebap kalau baby dah berak boleh balik. Bonda bersyukur sangat, Allah bagi bonda rehat dekat rumah.  Tengahari kita dah selamat sampai rumah atok dan nenek.

Dan hari-hari berikutnya bonda jaga Hana mudah sangat, Hana tak banyak ragam. Cuma Hana sebulan sekali mesti meragam, orang tua-tua kata nak tukar bulan. Tapi bonda ok je sebap hana menangis pos still baby face hahaha. Bonda hargai tiap detik tu. Bonda dalam hari tak mandikan Hana, Cik Nana, baba dengan nenek yang mandikan.

Proses pergerakan Hana agak cepat, Hana pandai mengereng cepat, duduk cepat, merengkak pon cepat. Hana lambat berjalan, hari ni 28 Julai 2019 Hana genab 1tahun 1bulan but Hana still belum pandai berjalan, bertatih sendiri pon Hana tak nak, dan gigi Hana baru tumbuh 2 batang hahaha. Hana manja tak nak berjalan awal sebap nak kena dokong selalukan.  Love u baby.

Sampai sini dulu bonda cerita. Hana cepat la pandai cakap, nanti bonda cerita semua dengan Hana.Pesana bonda untuk Hana, semoga Hana jadi anak yang taat dengan perintah Allah, kuat pegangan agama, kuat pendirian, kuat iman. Dalam dunia ni sayang, semua benda yang kita nak kita kena mintak pada Allah. Kalau kita mintak pada manusia, belum tentu janji ditunaikan. Tapi kalau kita mintak pada Allah, Allah tak pernah tolak cuma lambat atau cepat. Allah akan bagi pada masa yang sesuai, tempat yang betul, dan keadaan tepat, percayalah.

Salam sayang bonda untuk Hana .


4/05/2018

TIPS NAK MENGANDUNG by mimi & kawan


Assalamualaikum BBY BLOG. Saja nak share beberapa tips yang aku guna tak peningkan kepala sebelum bernikah untuk dapatkan cahaya mata. Sapa yang dah kahwin pon boleh guna pakai. Tapi tips ni saranan dari orang yang share kat aku bukan dari pakar ok, tapi kena ingat rezeki tu rahsia Allah. Effort tu yang penting.


1) PIL ASID FOLIC - saranan kawan

Ramai kawan aku yang sarankan makan pil ni sebelum berkahwin, atau 6 bulan sebelum berkahwin. Alasan kukuh dia orang adalah untuk suburkan mana yang patut. Aku pon ada beli tapi tak pernah makan pon. Aku tanya sepupu aku yang nurse tu dulu, boleh tak makan asid folic, dia kata pil tu untuk ibu mengandung je untuk tambah darah, kalau belum mengandung takda membantu apa pon. So aku simpan tak makan walau sebiji pon. Tapi kalau nak mencuba apa salahnya, boleh beli kat farmasi, dan mintak penerangan dari pihak farmasi.Nama lain bagi pin ni boleh panggil vitamin B9. Kegunaan sebenar adalah untuk membina sel-sel baru, sebap tu bagus untuk ibu-ibu mengandung untuk pembinaan sel badan baby cute.



2) KERAP BERSAMA - saranan bersama

Actually  aku takda la kerap sangat bersama masa baru-baru kahwin sebap kekangan waktu kerja. Tapi sentiasa cari masa untuk bersama, pantang berdua jangan menolak hahaha. Bila bersama membuatkan kita semakin erat, paling penting dapat menjalankan kewajiban sebagai isteri & dapat pahala. Dah halal apa lagi, gayakan la semua aksi tu yang penting. Kalau korang off hari yang sama lagi syok, boleh bantai 3x satu hari. Hahahah saranan yang sangat menbantu tau.



3)SEBELUM & SELEPAS - saranan kawan

Penting sangat ni. Sebelum bersama kena la doa sikit, berwuduq, memadailah kalau bissmillah dari takda, dapat elakkan dari syaiton mengintai aksi korang. Ada doanya, sebelum semasa dan sesudah. Kalau korang pergi kursus kawin mesti korang tau. Lepas tu bila suami nak ... tu seeloknya isteri kat bawah & suami kat atas dannnn alas punggung isteri tu dengan bantal. Tips ni Iera yang bagi kat aku supaya tak tumpah katanya. Mesti comel kalau dia tumpah, dapat tengok dia berenang-renang hahahha.



4) MASA YANG TEPAT - saranan kawan

Tips ni Iera juga yang bagi. Sebaiknya malam tu kalau nak bersama biar awal malam jangan pukul 11 atau pukul 12 malam. Biar awal sebap taknak terkejar dengan waktu tidur nanti, tak cukup tidur, nak kerja, nak bangun subuh, paling penting kena sama-sama enjoy jangan asal boleh jek. Kalau pagi seeloknya sebelum waktu subuh, pukul 4 pagi tu waktu cun-cun untuk bersama sebap tu waktu paling segar &a subur untuk kaum suami menyalurkan benihnya kepada penerima.



5) WAKTU SUBUR - saranan bersama

Ni khusus untuk para isteri. Korang mesti tau kan waktu subur korang bila. Biasanya minggu pertama selepas korang bersih dari period. Ada kiraan lain sebenarnya, tapi aku tak pernah amek tau pon. Kalau aku biasanya lepas bersih jek, first week tu aku  akan kerap bersama sebap tu adalah masa subur bagi perempuan. Minggu ke 2 ke 3 & ke 4 aku tak pernah lupakan, sebap waktu subur untuk lelaki kan hari-hari hhahhahha, takkan nak fokus seminggu je kan.



6) BERURUT - saranan bersama

Berurut ni penting sangat untuk suami isteri. Sepatutnya sebelum korang bernikah korang berurut dulu untuk betulkan kedudukan urat-urat tu. Biasanya lelaki susah sikit nak dapat orang yang pandai mengurut ni. Jangan hanya fokus untuk urutan batin eah, tapi satu badan. Lain la korang memang rajin pergi pusat mengurut, tu aku tau la urat korang memang dah padu. Untuk wanita biasanya fokus pada rahim. Macam aku sendiri rahim aku bengkak, alhamdulillah mengandung dah sekarang. Macam kawan aku rahim dia bergalih, yang tu lawak.Sekarang kan dah moden dah ada banyak spa. Sebenarnya ada sebap juga kenapa kena pergi spa, salah satu sebapnya adalah untuk menyegarkan badan, membangkitkan semangat & rehatkan minda. Jadi bila nak bersama tu kita rasa seksi wangi enjoy etc. Kos untuk mengurut biasa 1 badan baru RM50 ke atas, untuk spa RM150.00 bergantung pada pakej.



7) PEMAKANAN & MINUMAN - saranan bersama

Bagi lelaki ada beberapa jenis makanan yang membantu untuk menyuburkan sperma. Aku sarankan makan makanan yang sihat macam pisang, dark coklat,telur, kacang walnut, bayam hijau. Semua makanan tu bagus sebab banyak vitamin yang diperlukan, mampu menyuburkan sperma & meningkatkat jumlah air mani. Kurangkan minum minuman yang berkafin, minuman isotonik dan bergas. Salurkan benih yang sihat anda kepada kami ye.

 Bagi wanita pula leceh sikit. Kalau boleh elakkan makan makanan/buah yang tajam dan minuman yang tinggi kandungan gula. Jangan makan buah-buahan tajam sebap kita taktahu bila Allah hadirkan zuriat tu pada kita. Contohnya kita tak tahu kita mengandung 1 minggu atau 2 minggu, kita main makan je nanas misalnya, tau-tau je keguguran. Jadi langkah selamatnya kalau korang memang baru berkahwin dan inginkan zuriat, elakkan makan makan yang tajam atau yang boleh mengakibatkan keguguran. Lagi pun takda pengalamankan. Sebap kita tak tahu bila ianya hadir, rahsia Allah kan. Lagi 1 minuman, jangan minum minuman bergas, sebap ia akan mematikan semua benih yang telah disalurkan. Kalau boleh elak kan sangat-sangat. Minuman bergas tu sifatnya sangat tajam, mampu mengikis usus perut, menanggalkan karat, ejen pencuci tandas OMG tolong tinggalkan terus minuman macam ni, dahla kandungan gula yang sangat tinggi, korang yang sihat takda kencing manis tau-tau mengandung je dapat kencing manis. Pemakanan sihat & seimbang tu penting sangat sangat sangat. Kalau korang mengandung taknak ulang-alik ke klnik tiap hari baik ikot saranan aku ni dari awal dari sebelum korang mengandung.Antara makanan yang dapat membantu seperti :

a-    Makanan tenusu sangat membantu, contohnya susu, keju, yogurt & aiskrim. Tapi jangan la ambil dalam jumlah yang banyak, seminggu sekali ke. Kalau susu tu minum yang low fat, boleh minum hari-hari.

b-    Makan buah/sayur/ulam yang bewarna cerah juga membantu sebap mengandungi banyak gizi yang sihat. Korang beli buah 2 atau 3 jenis lepas tu campur. Ingat ! jangan makan dengan sos pencicah ke asam-asam ke, garam ke gula ke, tu semua penghancur kesihatan. Paling bangus makan buah tampa sebarang bahan pengawit dan manisan buatan sendiri. Salurkan bahan segar dalam badan korang k. Kalau nak dinginkan sekejap pun bagus juga, kita makan pon sedap rasa fresh je.

c-    Makan makanan yang mengandungi sumber protin dan zat besi yang tinggi seperti daging dan ayam. Tapi sesekali selitkan juga makanan laut macam, ikan, kerang, sotong. Takkan nak makan ayam dengan daging memanjang kan. Sebap setiap binatang yang kita makan tu kan mempunyai khasiat yang tersendiri, contohnya kerang dapat menambah darah dalam badan. Simple.

d-    Makanan lain banyak makanan sayur hijau. Aku bagi tips sikit untuk cuci sayur. Kalau dah siang sayur dah potong seeloknya rendam sekejap dengan air garam, untuk menghilangkan racun serangga pada sayur. Korang beli sayur mesti cari daun yang cantik kan, sebenarnya daun yang cantik tu la yang banyak disembur serangga perosak supaya tak dimakan oleh ulat atau serangga.

e-    Lain-lain aku malas nak huraikan tapi aku cuma nyatakan je. Wanita pon perlu makan telur. Telur rubus misalnya untuk sarapan pagi atau lauk makan malam. Takda la korang makan makanan yang berminyak kan. Lain banyak kan makan kekacang, makanan sunah, makanan yang sihat dan halal.



8) BERSUKAN – saranan bersama

Aku takda la bersukan pon. Tapi memadai banyak berjalan dalam 30minit 1hari (window shoping misalnya), banyak buat aktiviti dalam rumah macam menegemas, menyapu, mengemop, bercucuk tanam. Weii semua tu penat k. Apa saja aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh korang boleh buat. Jangan mengadap gejet acah-acah google je tapi tak buat apa. Tapi korang yang kaki sukan kaki gym tu terbaik lahh. Elakkan gejala yang tak sihat k, jangan merokok, jangan minum arak, jangan ambil ubat terlarang etc.



8) KEMAHUAN BERSAMA - saran bersama

Ni bagi aku point paling penting. Kalau korang dah buat 8 tips kat atas tapi still belum dikurniakan cahaya mata, berkemungkinan salah sorang dari korang belum bersedia. Jujur dari hati aku yang dalam. Biasanya lelaki. Mana taknya, kumpul duit kawin + hantaran je dah separuh nyawa, lepas kawin nak tanggung anak orang, bayar rumah bayar kereta bayar bill bayar ptptn bayar hutang majlis kawin, belum bulan madu lagi tu. So biasa dia akan niatkan dalam diri untuk dapat anak lambat. Lambat sikit la. Sebap dia takut tak tertanggung. Tapi kalau jenis suami yang berkemampuan tapi belum ada niat nak ada cahaya mata mungkin dia nak hidup berdua dulu. Jangan cakap aku karang eah point yang ni, sebap ni kisah benarrr. So korang perlu sangat slow talk dengan pasangan, dah ready atau belum. Allah maha mengetahui.



9) ROHANIAH - saranan bersama

Tip dari segi intelektual dah, jasmani dah, emosi pon dah. Tapi jangan abaikan dari segi rohani pula k. Kalau dari seri rohani ni more tu islamic views. Aku share apa yang aku dgn suami aku buat la eah. Aku banyakkan bersedekah, belanja orang makan, doakan orang, macam-macam la. Selalu juga aku ingatkan suami aku, kira peringatan bersama la. Bayangkan macam mana Allah nak bagi kita rezeki DIA kalau rezeki yang kita ada pon kita berkira, betul tak. Jadi kita sucikan hati kita dengan banyakkan bersedekah. Mudah tapi susah nak buat, aku tau. Benda lain yang kita orang buat adalah solat berjemaah, tapi memang susah sangat nak dapatkan waktu solat berjemaah ni. Membaca al-Quran / surah-surah yang dapat membantu juga perlu. Biar salah tapi kita ulang, jangan terus abaikan al-quran. Mengaji tu makanan penting rohaniah kita, walaupon hanya dengan bacaan surah Yassin. Surah Yassin merupakan hati bagi al-Quran, jadi memadailah seminggu sekali bacanya.



10) DOA & TAWAKAL - saranan bersama

Yang terakhir adalah kita berdoa dan bertawakal. Setiap apa yang kita dah usaha kena memohon & merayu pada Allah semoga dimakbulkan hajat kita. Jangan la dah usaha macam-macam tapi stop macam tu je. Lepastu tiap kali solat, sujud yang terakhir jangan lupa sebut dalam hati apa yang korang hajatkan, jangan dilafazkan pula nanti batal solat korang tu. Bila kita bersujud kita merendahkan diri pada Allah sambil berdoa, inn shaa Allah permintaan kita akan tertunai. Cuma lambat atau cepat jek. Waktu-waktu doa dimakbulkan tu korang ambil la berdoa banyak-banyak, tak payah nak angkat tangan bagai nak menunjuk kau tengah berdoa, dalam hati cukup. Allah tu tak pekak, kau cakap dalam hati pon Allah dengar. Antara waktu mustajab berdoa ketika dengar azan, time hujan rahmat turun, selepas solat, banyak la waktu mustajab berdoa.



p/s: Aku bukan la doktor ke pakar kesihatan ke ahli sain ke nak share yang begitu mendalam. Ni kira perkongsian suka-suka je, paling penting mudah. Aku kan suka berkongsi, tak gitu? Kita nak kena positif, jangan jadikan zuriat ni satu tekanan atau kegagalan hidup. Lantak p la makcik-makcik bawang tu nak cakap apa pon, rezeki tu rahsia Allah kita sebagai hambanya hanya perlu akur. Bila naluri aku semakin kuat nak sangat anak, aku selalu usap perut aku, selalu bercakap seolah-olah anak tu dah ada, aku nak berjalan ke nak makan ke sentiasa kuatkan hati yang aku bersama anak aku. Tak lama lepas tu TADAAAAAA aku mengandung sebap datang period lewat 3 minggu. Alhamdulillah.Korang pon kena yakin & kuat semangat k. Kalau kita tak bertemu anak kita di dunia kita akan bertemu kat syurga. Aku doakan kesihatan korang untuk merasa nikmat mengandung walaupon sekali. aminnn.


3/28/2018

Bulan ke 7

Alhamdulillah kandungan aku dah 7 bulan. Perut semakin membesar baju dah semakin mengetat hehehe. Sepanjang pregnant ni Allah limpahkan kesihatan untuk aku, senang cita hari-hari happy tears sebap tetapkan dalam hati "ada MALAIKAT KECIL bersama aku & Allah sentiasa dengan aku".  So kita tak kan pernah rasa kita bersendirian, terharu sangat.
Aku boleh buat semua aktiviti harian aku macam biasa without any help ok. Tu bukan riak atau apa, tu pon rezeki dari Allah sebap masih beri aku tenaga untuk terus berjuang.  Ibu mengandung ni kan sentiasa dalam keadaan berjuang hheee. Memasak, bekerja, drive etc semua masih mampu aku buat, alhamdulillah.
Bulan-bulan awal aku mengandung aku tak terlalu hebohkan sangat pasal kandungan aku ni. Sebap aku sendiri dapat rasakan seksanye menanti kehadiran MALAIKAT KECIL ni. Aku menanti selama 7 hingga ke 8 bulan. Tu pon satu tempoh yang sangat lama bagi aku. Sebap tu Allah hadirkan MALAIKAT KECIL ni dalam tempoh 8 bulan, kalau lebih mungkin aku gila kot sebap dah set negatif thinking kat kepala.Lagi pun ramai kawan-kawan aku yang kawin lebih awal dari aku belum dikerniakan cahaya mata. Jadi bia la kandungan aku dah lebih 3 bulan baru semua orang tau, tu pon aku takda la show off kat FB ke IG ke, sebap orang kata kan "kebahagiaan jangan ditunjuk . . ." sebap tu tak up date sangat. Apa-apa pun doa kan kami di jauhkan dari sebarang kesulitan k, semoga semuanya terus dipermudahkan. Aminn inn shaa Allah.

p/s:bonda tunggu kehadiran awak sayang. Semoga Allah pertemukan kita di dunia ini. Awak pengikat kasih & sayang kami.

3/27/2018

Pantun 4 kerat

Biar takda aku
Sebap aku menyakitkan
Jangan kata rindu
Sebap ia menyakitkan


3/20/2018

bosan

rasa membuak2 hati nak bercerita. tapi kekangan masa tak mengizinkan. ok

11/25/2017

HATI & FIKIRAN


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Bila Allah mengatur semua langkah kita . . .
Tika Allah merancang zereki kita . . .
Dikala Allah mendengar doa kita . . .

Bila kandungan aku genab 3 bulan, banyak perubahan dalam hati & fikiran aku.
Alhamdulillah syukur ya Allah, KAU berikan aku kekuatan, kesihatan sepanjang 3 bulan aku mengandung. KAU jauhkan aku dari segala sakit mual. Ya Allah nak menangis rasanya sepanjang aku mengandung, banyak yang KAU permudahkan untuk aku.

Hai anak . . .
Kami sangat menanti mu
1 hari nanti kami akan mendengar pangilan BABA & BONDA dari mulut comel itu

Hai anak . . .
Sihatlah engkau dalam kandungan
Bahagialah engkau bersama kami
Maafkan kami sekiranya kau terseksa
Ampuni kami sekiranya kami berdosa

p/s : hati sentiasa terdetik "kenapa hati aku sentiasa curiga, kenapa hati aku sentiasa syak wasangka, kenapa hati aku sentiasa sakit". fikiran aku sentiasa fikir yang buruk-buruk "mesti ada bla bla bla, mesti dah tak bla bla bla, mesti dah mula bosan dengan bla bla bla" Ya Allah jauhkan aku dari hasutan syaitan ya Allah. Lindungi orang-orang yang aku sayang ya Allah. Berilah aku peluang & ruang untuk menikmati syurga dunia MU yang sementara ini ya Allah.