7/11/2012

BTN

Assalamualaikum, hello dear. Apa Mimi nak cerita ni. Cerita pasal gambar atas ni lah. Gambar masa kami pergi Kem Biro Tata Negara (BTN) Gunung Pulai. 
Macam-macam kot dugaan yang datang. First nak pergi punya lah gempak 2 bas jap lagi 1 bas bas penuh pergi punya la awal, so Mimi naik la bas no 2 punya la lembap nak gerak siap pusing-pusing 1 Penawar dulu baru gerak. Pukul 12 lbih baru gerak, dah la ada 12 orang je, pusing-pusing punya pusing dapat la 16 orang. Dah gerak engatkan dah ok, jap lagi jalan punyalah jauh. Tidur bangun tidur bangun tak sampai-sampai. It ok la abang driver bukan selalu pun kn. Ok cerita time dah sampai pula.
Dah sampai lega la juga, jap lagi nak pergi dafta kena pula naik tangga, punya lah curam mngalahkn gunung dengan beg baju an dah macam pelarian halal. hehehheh. Nak daftar dah macam PLKN siap dapat alas tilam, sarung bantal & GEBO!!! hheee.  Dah la pergi dalam bas 16 orang, lepas tu asrama yang besar duduk 5 orang je, memang berbaloi la dah la free 100% kerajaan tangggung. hhhaaa.
Banyaknya benda yang Mimi nak cerita ni. Makanan kat kem memang terbaik lah, tapi tak cukup. Air pihak kem buat memang terbaik dari hari sampai sampai hari balik tak manis, kalau mak mertua tanya kenapa 'kurangkan gula dalam minuman lebihkan manis dalam senyuman' :) 
Aktiviti pula 5/10 Mimi bagi. LDK pun ok la, dapat group pun ok juga boleh masuk dengan kepala dia orang. Game pun so so je lah, ape yang best just 1 game 'mencari sesuap nai'. Game ni memang buat Mimi macam ada dalam dunia yang selama ni Mimi tak jangka. Game ni boleh buat kita rasa macam mana dunia pekerjaan kita suatu hari nanti. Memang tergamam juga, ade terkhayal kejap merenung masa depan nanti macam mana agaknya, orang yang kita percaya dalam diam menjatuhkan kita dengan sekelip mata. Memang takut sabgat kalau kita bayangkan apa yang terjadi tu adalah benda yang akan jadi pada kita suatu hari nanti. Nak mencari duait untuk sesuap nasi dengan cara yang halal memang susah, tapi dengan cara haram sangat lah mudah dan berbaloi-baloi. Ada juga yang sanggup mengadaikan maruah untuk mendapatkan pekerjaan walaupun ada kerja lain, tapi ni lah hakikat dunia sekarang. Mimi dah dapat gambaran apa yang akan jadi nanti.
Ok habis cerita game and time untuk dapatkan sijil sebelum balik. Engatkn sijilnya gempak sangat jap lagi ok2 je lah. Senag-senag dapat sijill, apa lagi balik la kan. hahhahah.
Ok bby sampai sini je k Mimi story, nanti Mimi cerita panjang lebar lagi ok. Thanks siapa yang sudi membaca :p

7/03/2012

tErDeTiK

Assalamualaikum, I comeback my dear! Miss you la my bby blog. Mimi nak date dengan bby tapi masa sangat tak mengizinkan la, kalau nak date je ada je yang tak mungkinkan kita. Hidup ni ramai sangat yang cemburu kan kita.
Mimi nak luahkan sesuatu kat bby, ada la benda yang tak sedap didengar. Tajuk besar tentang CEMBURU. Semua orang mesti ada sifat cemburu kat orang lain kan. Mimi tak nafikan yang Mimi pun macam tu juga tapi Mimi punya cemburu ni masih di tahap terkawal lagi ok. 
Tapi Mimi kesian la kat orang yang suka sangat buat orang lain cemburu, contohnya menunjuk riak takabur dan yang seangkatan dengannya. :)Orang cemburu ni boleh jadi dengan macam-macam benda tapi tu lah...
Tabiat orang ni macam-macam kan, perangai orang pun macam-macam. Orang kata orang yang jenis cakap lepas ni bagus sebab jujur. Ok orang cakap lepas tu jujur, tapi jenis ni ade salahnya juga. Contohnya lepas cakap je yang menyebabkan hati orang lain terguris atau bahasa lain terasa.
Mimi masih boleh terima lagi dengan orang yang macam ni tapi Mimi ni ada mod yang tak tentu. Mimi tak ambil hati setiap apa yang die cakap pasal Mimi, tapi kalau ada benda yang menyebabkan hati Mimi terdetik tu dah lain cerita la. 
p/s : kita ni tak tahu apa yang akan terdetik di hati orang setiap apa yang kita cakap atau pun buat. kalau boleh kita fikir dulu apa yang kita nak buat sebelum bertindak.. Untuk rakan semua dan diri yang serba kekurangan ini. :D

6/23/2012

bby blog Mimi biasa je :(

Assalamualaikum, hey dear bucuk-bucuk hapak my bby blog. Cian my bbi ni belapok ye, meh Mimi syg lapkan habuk-habuk ye. Dah kena tingalkan berapa lama ni bby? Tak payah nak bermadah lebih-lebih kita terus stright to the point ye.
Semenyak dua menjak ni Mimi obses sangan dengan blog la, tapi bukan dengan bby blog tetapi dengan blog orang lain la. Walau pun berkunjung dengan blok orang lain untuk kebaikan bby blog juga. Mimi tak pandai la nak review blog orang macam yang orang buat untuk Mimi. Mimi bukan tak nak belajar buat benda tu semua tapi Mimi lebih suka dekankan diri Mimi sendiri dengan blog. Tak kisah pun sambutan yang Mimi dapat dari setiap apa yang Mimi update kan.
Kawan-kawan blog biasanya nak kan sambutan setiap apa yang dia buat tapi bagi Mimi biarlah Mimi rasa puas apa yang Mimi ada sekarang. Walaupun tak ada yyang komen entry Mimi tapi memadailah dengan teman blog membacanya. Mimi tak ada chat box, tak da ape yang ada pada blog orang lain. Tapi Mimi puas sebab boleh meluahkan apa yang Mimi rasa pada bby blog. 
Tak da semua tu pun blog Mimi dah berat. Hheehhee..
p/s : terima saya apa adanye ye..  :)

6/13/2012

MuDaH tErAsA hAtI iNi

Assalamualaikum, hey dear my bby blog. Miss you so much. Tengok la gambar atas ni nampak bahagia tak? Tak bahagia mana pun tapi boleh la tersenyum berbanding dulu. Mungkin lepas ni semuanya akan lebih baik dari yang sebelum ni kan. Sekarang ni Mimi dah semesta 3 dah seharusnya benda baru akan bermula. Heheheh..
Semesta 3 duduk rumah baru lagi, dulu duduk Lorong Permai dengan akak senior berjiranan dengan kawan asrama masa semesta 1. Semua tempat ada pengalaman, sedih, gembira, sengsara semuanya ada la. Tapi harap lepas ni semuanya akan lebih OK dari sebelum ni. Duduk dengan kawan yang boleh susah senag dengan kita. Kalau tak dia orang duduk dengan Mimi rumah lama tapi ada sedikit kengkangan terpaksalah semuanye diubah. Semua itu menjadikan kita lebih mengenali seseorang dan dapat bergaul dengan macam-macam karenah orang.
Setiap hari Mimi mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam dan kalau boleh nak rancang untuk hari esaok lebih sempurna dari hari ini. Memang apa yang kita rancang tak semuanya akan kita dapat.
p/s : tak nak ke kebahagiaan yang kita sendiri boleh kecapi? Kenapa mesti tolak tawaran kebahagiaan dan sanggup menerima kesedihan dan kesengsaraan? Renung-renungkan lah.

6/05/2012

Untuk yang tersayang :)

Assalamualaikum . Nice day. Rindunya bby blog ni, lama sangat tak bersua mukakan. Hehehehe. Sampai nak jumpa lagi pun dah malu-malu, tutup muka lagi tau. Hheeee  :p
Bulan lepas 29.5 ulang tahun ibu yang ke . . . Mimi dan adik beradik yang lain sebagai anak yang disayangi mesti la dah ada perancangan yang terbaik kan. Mula-mula plane dengan adik-adik macam nak gila tah apa-apa, lagi-lagi adik Mimi yang Pogi tu sangat la beria. Besday ibu la yang paling gempak, plane setaun lebih awal tau. Mimi dengan adik-adik beli hadiah je, tu pun hadiah biasa-biasa je. Kebetulan time besday ibu die tengah bercuti pulak tu kan, sempat la beli apa-apa yang patut. Beli kek sampai dua jenis konon nak buat dua tengkat, lepas tu tingkatnya nak guna salur paip. Kepala paip dia r an, mentang-mentanglah kerja headware otak semua serba boleh. Hheehhehe. Sehari sebelum ibu balik bercuti apa lagi pergi beli kek la dengan my BFF Nik. Nik banyak berutang budi, sanggup buat apa sahaja untuk kawan. Terharu rasanya. Dalam masa yang sama terpaksa la half day, tu pun atas cadangan adk Pogi ye. Hehhehehe..
Kek ni khas tau untuk ibu yang kami sayangi, SEASON mari tau. Berhujan berpanas nak membeli kek ni. Hehehhe. Kek ni gabungan untuk tiga hari yangg teristimewa. Mula-mula untuk Hari Ibu yang dah lepas, Mimi tak de bagi apa-apa pun lepas tu Hari Guru pun sama juga tak da bagi apa, lepas tu Hari Jadi. Ha hari jadi mesti la kena bagi kalau tak bagi bila lagi nak bagi tak kan nak tungu ujong tahun pulakan. Cute tak? Tengok orang yang beli la kan! hek4!
 
Ni la dua jenis kek untuk ibu, 1 Coffie Oreo apa tah yang lagi satu fruit yang juga namanya dah lupa. HHeehhee..
 
 Ha!!! Ni lah hadiah yang Mimi beli dengan adik untuk hari jadi ibu. Nak beli benda alah ni banyak betul masalah yang dihadapi. Hheee.. Banyak tempat pergi tapi takda yang berkenan, bajet pula ciput je kan. Ujung-ujung pergi JPO beli beg ni. Mula-mula tak setuju sebab takut harganya yang . . . Hheeehhh. jalan punya jalan jnmpa lah beg yang tak seberapa ni. Masuk Vincci macam takda so jalan la tempat lain dulu, tempat lain lagi la gila bapak mahal dia. Dengan bajet yang tak seberapa beli lah beg ni. Ada makna disebalik beg ni tau. Maknanya putih tu menunjukkan kasih sayang kita orang semua untuk ibu, and saiz yang besar tu kami bagi sebab pengorbanan ibu yang besar untuk kami semua. Walau pun hakikatnya kami semua tak mampu nak balas, tapi kami cuba untuk memberikan kegembiraan tu. HHeee sweet tak?
Haaaa sekian lah sudah tatapan mata untuk kita kali ni ye my bby. Nanti kalau ada cerita baru Mimi luahkan nya ye. Eah tapi kali ni bukan cerita sedih-sedih kan. HHeee.. Love you bby blog. 
p/s: trime ksih yang sudi mmbce 2. :)






5/12/2012

harimu IBU

Assalamualaikum, hey dear. Hari ni hari Sabtu 12/5/2012 dan esok hari Ahad 13/5/2012. Pertama sekali cuba lihat gambar di atas dengan mata hati yang paling dalam sekali. Mungkin tak sama apa Mimi rasa dengan apa yang orang lain rasa. Gambar ni dah lama sangat, umur pun dalam 6 atau 7 tahun. Gambar yang cukup indah dan cantik.
Semua orang tahu atau tak semua tahu 13/5 adalah hari yang bermakna bagi seseorang yang telah bergelar IBU, ye 13/5 adalah HARI IBU. Seperti tahun-tahun yang sudah Mimi ada bagi ibu hadiah sama ada beli taupun buat sendiri. Tapi tahun ni Mimi takda buat apa-apa pun. Terlepas pada hari ibu tapi Mimi ada hari jadi ibu, hheeee.
Bagi Mimi tak salah kalau nak sambut hari ibu, memang hari-hari lain tetap ibu juga semuanya ibu tapi adanya 1 hari untuk ibu bagi mengenag jasa ibu. Mengenag jasa tak perlukan hari yang tetap tetapi benda baik yang kita buat hari-hari dah cukup mengenag jasa bagi seorang ibu. Adanya hari ibu ni sekurang-kurangnya ibu boleh merenung masa silam, mungkin dulu anak seorang 2 je tapi sekarang dah berderet siap dah ada cucu lagi. Ye lah ibu ni kan orang perempuan yang suka merenung nasib, kesusahan kepayahan dulu mesti dibandingkan dengan kesenangan sekarang.
Kita ni sebagai anak tak akan dapat nak balas jasa ibu kita. 9 bulan kita dalam perut ibu, hari-hari dalam perut kena belai, sayangnya ibu dekat kita. Sebagai anak apalah yang mampu kita beri. Kalau ada duit boleh la beli baju baru ke periuk kuali baru ke, habis yang tak da duit ni apa yang nak diberi? Pandai pun tak boleh nak kata pandai, markah pun cukup-cukup untuk terus belajar macam mana nak balas jasa kalau macam tu.
Apa yang mampu kita buat sebagai anak cuma mendoa kan, hanya Allah yang mampu membalas semau jasa baik ibu kita. Kita doakan kesihatan, kesejhteraan, kebahagian, sentiasa dilindungi oleh Allah. Untungnya Mimi ni masih ada ibukan, orang lain yang tak pernah jumpa dengan ibu kandung sendiri mesti sedih. Hargai ibu kita yang dah melahirkan kita, sentiasa doa kan ibu dan tak lupa ayah keluarga sahabat dan semua umat Islam.

5/10/2012

Hari penting

Assalamualaikum to dear my bby blog. I wish all my blved will be ok. Apa cerita kali ini, hanya hati ini sahaja yang tahu dan sebentar lagi akan terluahlah ianya.
1 mei keluar dengan SEKAWAN tapi tak seberapa la sebab ramai yang takda. Ada yang kerja ada yang sibuk dengan urusan peribadi macam-macam lagi la. Apa yang kita orang rancang semua jadi yang sebaliknya. Mula-mula rancang nak pergi lepak Hutan Bandar, punya la semangat siap bawak bordband dengan leptop lagi tau punya la semangat. Sampai je hari yang dirangcang hujan pulak, terpaksa la tukar rancangan kita orang. Kesian kawan-kawan ku ye.
Tujuan keluar sebenarnya nak beli hadiah untuk someone spesial dalam hidup ni, siap keluarkan duit lagi tau. Kita orang pergi la Johor Premium Outlet (JPO) untuk beli hadiah yang sangat berharga walaupun harga yang tak seberapa. Kesian Aro, Zaza dengan Nik penat nak cari hadiah yang diingini tu. hehehe.. Puas satu JPO tu kita orang ronda, mula-mula dah jumpa tapi tak tahu nak pilih yang mana satu kita orang sambung ronda lagi mana tahu boleh jumpa barang lain yang berkemampuan. Puas ronda masuk semau kedai yang tah apa-apa semaunya tak berkenan, bukan apa kalau duit banyak sedap la ni duit cukup-cukup je so kenalah cari dengan jumlah duit yang ada.
Puas mencari pusing-pusing akhirnya ada la juga sebuah 'someting' yang rasanya ok dan menepati cita rasa orang muda. Orang muda? Pemilik barang tu masih dirahsiakan sehingga hari yang ditetapkan ya.
Rasanya tu jelah hari ni, sesuatu yang tak dirancang mesti takkann menjadi dengan sempurna seperti ini lah. hhumm. K nice day dear, lve u .......