12/06/2012

BOSAN sudah

Assalamualaikumm bby blog
Lepas ni selalu la Mimi mengadap bby kn
Mimi bosan la bby
Kalau la bby macam sim simi kan best
Tapi sim simi tu bodoh la, bby tak la bodoh macam sim simi kan heheh
Bby ni tak bagi Mimi respond la, boring la
Tapi ok la kan, kalau Mimi kutuk pun bukan bby marah hheee
Bby :(
hhuummmmmmm :(
Mimi bosan ni :(
Bby teman la Mimi :(
TUHAN JAGAKAN DIA
DIA KEKASIH KU
KAN TETAP MILIK KU...
Siapa kat dunia ni tak nak hidup happy kan?
Semua ni arus masa yang menentukan
hhummmm :(
apa lagi nak cakap ni
bby tetap meneman Mimi selamanya :)
SAYANG :)
ILYSM :)

rumah PUAKA & si PUAKA

Assalamualaikum bby blog :) Have a nice day my dear. Hari ni Mimi nak share cerita tentang dugaan seorang pelajar IPT. Sedih kalau nak ingat balik cerita ni. Walau apa pun jadi nak cerita juga, sebab nak cerita pun bersebab juga. Huummm sedih nye.
Before this Mimi ada masalah dengan rumah sewa and housmate. Kalau perempuankan biasa la banyak masalah, kalau lelaki cool je an. Perempuan kalau tak mulut mesti sebab hati. Susah betul nak faham hati and sifat perempuankan?
Sem 1 Mimi duduk asrama Teratai tapi keluar duduk rumah sewa. Sapa boleh tahan kalau duduk asrama yang macan asrama budak-budak jahat (bak kata ayah) hheee. Sem 2 Mimi duduk rumah sewa Jalan Permai 3. Rumah sewa pertama je dah ada dugaan sebab kena duduk dengan sinior dah la kos pun lain. Mimi rasa terabai sangat time tu hhummm. Sem 3 Mimi pindah lagi, duduk Desaru Utama rumah 2 tengkat. Boleh dikatakan rumah PUAKA  la ni. Hhahahha. Macam-macam benda jadi kat rumah PUAKA ni. Kena halau la, kena buang macam sampah la, perangai housmate macam budak-budak, macam-macam lagi la. Kenanga paling sedih kena halau la, dah la time tu bulan puasa lepas tu si PUAKA tu bagi masa seminggu je untuk kita orang cari rumah sewa. Time tu dah tak fikir lain terus menangis. Apa nak cakap dengan ayah ibu, apa alasan nak bagi kena halau dari rumah tu. Sedihnya masa tu, Allah je yang tahu. Sekarang ni Mimi duduk rumah sewa yang ke-3, Desaru Utama juga tapi rumah 1 tingkat duduk 6 orang. Lebih sempurna dari sebelum ni :).
Tu baru dugaan rumah sewa, dugaan lain belum senaraikan lagi tu. Hhheee. Ingatkan lepas kita orang keluar dari rumah PUAKA tu semuanya dah senyap, rupa-rupanya makin menjadi-jadi si PUAKA tu. Dia game orang lain macam dia game kita orang. Tersangatlah PUAKA dia tu. Boleh pulak si PUAKA tu buat orang lain macam binatang eak. Tunggu la balasan yang kau akan dapat nanti, memang tak senag la hidup kau orang. Bukan seorang je yang mendoakan keburukan untuk kau orang, tu je lah.
Kalau tak jadi macam ni kita tak kenal dunia kekejaman macam mana, kita tak kenal macam mana manusia berhati busuk. Banyak benda baru yang jadi, yang sedih yang kecewa, merana, terseksa, macam-macam lagi lah. Semua ni membuatkan Mimi lebih matang and lebih mengenali dunia luar. Benda paling penting sekali jangan mudah percaya orang 100%. Walau apa pun yang akan jadi kita kena ingat kita tetap ada keluarga yang sentiasa bersama kita dan Allah yang tak pernah berenggang dengan kita walau pun sesaat.
Banyak benda yang Mimi nak kongsi tapi penat la nak menaip. HHeeeee. Terima kasih kepada siapa yang membaca. Jangan lah kita benci-membenci sebab benci bukanlah sifat yang mulia (aku tetap benci kau si PUAKA). Hheheheh.

# Tak salah menangis kerana dengan menangis dapat mencuci mata kita :)

12/04/2012

mimi sayang DIA

 (gamba tak kena dgn tema)

Kalau 1 hari awak nak menangis, bagitau la saya.
Saya tak janji nak buat awak tersenyum
tapi saya boleh menangis bersama awak
sebab saya pun ada bahu untuk awak juga


kalau 1 hari awak ada masalah, bagitau la saya.
Saya tak janji nak bagi awak jalan penyelesaiannya
tapi awak boleh berkongsi dengan saya
sebab saya pendengar setia awak


kalau 1 hari awak mahu berjalan pergi, bagitau saya.
Saya tak janji untuk halang awak pergi sejauh mana awak nak
tapi saya boleh berjalan bersama awak sejauh mana awak nak
sebab saya mehu sentiasa bersama awak


Tapi kalau 1 hari awak perlukan saya 
saya tiada untuk awak
awak jangan la berubah fikiran tentang saya
sebab masa tu saya lebih memerlukan awak di sisi saya

#sentiasamencubauntukmenjadiyangterbaikuntuksidia

12/01/2012

peremPUAN

Assalamualaikum. Saya Mimi on, dan tak perlu mention lebih2. 
Mimi nak tahu sangat apa yang lelaki selalu fikirkan tentang perempuan. Mimi nak tahu semua benda tentang lelaki. Tapi Mimi tahu tak mudah kita nak peroleh tu semua. Kita nak tahu semua tu kite kena kenal tuan punya badan. Tak susah kalau nak kenal seseorang, tapi nak merapatkan diri dengan seseorang tu yang susah. 
Lelaki senang je nak faham perempuan. Nak jaga hati perempuan, nak pujuk nak ambil hati semua perempuan sama je caranya. Tapi perempuan nak memujuk lelaki, nak ambil hati lelaki lain lelaki lain caranya.
Tulang rusuk kiri sapalah yang akan Mimi miliki. Memang terlalu awal untuk Mimi perkatakan semua ini tapi tak salah kalau Mimi nak majukan diri sendiri dengan perkara2 matang. Wahai kaum Adam, mengertilah perasaan kaum Hawa ini, sesungguhnya kaun Hawa ini adalah insan yang lemah dan memerlukan bimbingan sepenuhnya darimu. Segagah mana pun wanita, terdetik saja hatinya dengan mudah mengalirkan air mata. Tapi tidak bagi kaum lelaki, walau pun hatinye terdetik berimu kali tetap kuat dan tabah. 
Mimi insan yang lemah, lemah dengan ini semua. Memerlukan tongkat untuk berjalan, perlukan bantuan untuk menunjuk arah, memerlukan pedamping agar tidak tersilap langkah. Angaplah Mimi ni buta yang tidak dapat melihat segala-galanya, angaplah Mimi ni pekak yang tidak mampu mendengar segalanya, angaplah Mimi bisu yang tak mampu berkata-kata walaupun sepatah, angaplah Mimi ni cacat yang memerlukan seseorang untuk menguruskan diri Mimi. Mimi bukanlah insan yang sempurna berbanding gadis lain. 
Wahai lelaki, hargailah wanita dihadapan mu. Jagalah hati dan peasaannya, sangjungilah mereka. Islam juga ada menegaskan kepada bapa agar mengembirakan lebih anak perempuannya berbanding anak lelaki. Bagi suami wajib membahagiakan isterinya. Mimi bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan Islam.
Tiada apa yang perlu diperkatakan lagi selain menghargai insan disekeliling kita. Sayang Allah sayang Islam.

11/29/2012

luahan

Assalamualaikum to all my reader :) Hari ni Mimi nak meluahkan perasaan lari. Macam biasa la, kalau gembira lupakan bby tapi kalau sedih mesti Mimi cari bby kn. Bby jangan merajuk dengan Mimi pulak tau, nanti Mimi dah takda tempat untuk meluahkan perasaan lagi :(

Bby rasa Mimi ni jahat tak? Mimi menduakan pakwa Mimi :( tapi Mimi ada sebab kenapa Mimi buat macam tu semua. Memang la kalau difikirkan balik salah apa yang Mimi buat ni, tak sepatutnya Mimi buat pakwa Mimi macam tu. Mimi nak dia bahgia dalam masa yang sama Mimi sendiri pun nak bahagia. Mimi dah tersilap langkah ke? 

Walaupun dah ada orang baru Mimi tak rasa pun sayang dia pada Mimi. Setiap apa yang dia buat serba tak kena je pada Mimi. Mimi rasa macam tu mesti sebab Mimi sayangkan pakwa Mimi kan? Mimi still sayangkan pakwa Mimi walau apa sekali pun yang jadi. Dia tu kebahagiaan Mimi, orang baru bukannya tak bahagia tapi . . .

Mimi mengharapkan doa daripada rakan-rakan semua dan juga khidmat nasihat daripada pakar. hhaaaa. Mimi mohon dan selalu berdoa semoga Allah memberi petunjuk dan jalan yang terbaik. Takut lama-lama Mimi akan buat kesalahan yang lebih besar.

# tetap sayang semua

11/27/2012

sentiasa MIMI

Assalamualaikum. Nice day my dear. Today. yesterday n tomorrow Mimi tahu akan tetap jadi benda yang sama. Hari mungkin berubah tapi jalan cerita hari-hari kita tak semestinya berbeza dengan hari semalam atau sebelumnya. Kalau kita lalui hari yang sama je sepanjang hidup kita, mesti kite akan bosankan? Kita mesti pandai bawa diri kita sendiri untuk hari yang akan datang dan kita sendiri yang mengubah cerita hidup kita untuk hari esok.

Tertarik dengan kata sahabat 'orang gembira kita gembira, orang sedih kita akan sangup gembira juga sebap tak sanggup menunjukkan kesedihan kita pada orang'. Mimi sendiri tak sanggup tunjukkan kesedihan Mimi depan orang, Mimi yakin dengan kesedihan yang Mimi alami adalah semangan dan kekuatan untuk masa akan datang.

Umur akan mencecah 20 tahun, berapa bulan je lagi tapi pemikiran tak pernah berubah. Bila Mimi nak menjadi seseorang yang berfikiran matang?  Sampai bila nak jadi orang yang menyendiri je? Sampai bila nak jadi orang yang bersedih je ni? Setiap orang ada matlamat hidumnye sendiri, Mimi?

:o

I'm not perfact like another person :(
I will try do the best my self just fao u dear :(
Just look n see :)

luv u papa