6/07/2010

KELUARGA MIMI

Salam 1 Malaysia untuk semua. Kali ini Mimi nak memperkenalkan semua ahli keluarga Mimi. Satu rumah dihuni seramai 8 orang ahli. Seramai 4 orang ialah ahli lelaki dan 4 orang ialah perempuan. Jom kita berkenala hanya dengan namenya sahaja.
  • En. Abdul Wahid Bin Rabu (ayah)
  • Pn. Saemah Binti Ardi (ibu)
  • Mohd Fateh Bin Abdul Wahid (abang)
  • Mohd Fauzie Bin Abdul Wahid (Po_g)
  • Umi Nurhikmah Binti Abdul Wahid (Mimi)
  • Umi Nurliyana Binti Abdul Wahid (Yana)
  • Mohd Zahiruddin Bin Abdul Wahid (It)
  • Umi Nurain Binti Abdul Wahid (Nyin @ Ain)

KAWAN KU


SeKaWaN

S.O.F

s: sEkAwAn
o: oNlY
f: fOrEvEr

6/05/2010

PASANGAN BAHAGIA


Cik Busu & Mak Usu

SALAM...

Kali ni Mimi nak berkongsi sedikit cerita tentang keluarga Mimi. Gambar pertama merupakan Cik Busu dan tunangnya juga bakal mak usu Mimi iaitu Cik Dila. Pasangan ni diantara Felda Bukit Besar dan Bukit Tongkat. Tak la jauh sangat tapi ada la jarak untuk bertandang ke rumah antara satu. Bagi pasangan yank ke-2 ni pulak merupakan pasangan bahagia Felda Bukit Besar. Lelaki tu merupakan abang Mimi iaitu Mohd Fateh dan yang perempuan tu pula Siti Hafizah merupakan tunang abang merangkumi bakal akak ipar menaik ke bakal menantu ibu dan ayah. Pasangan ni kedua-duanya merupakan anak jati Felda Bukit Besar. Jarak antara rumah agak dekat bak kata atok "kentot pon boleh bau". Nak buat macam mana kalau sudah jodoh.

Pasangan pertama akan melangsungkan majlisnya pada bulan 12, manakala pasangan ke-2 belum ditentukan kerana mereka masih muda. huhu.. Apa-apa pun Mimi mendoakan kebahagian kalian dan semoga hubungan kalian hubungan yang diredhai Allah. Dengan keberkatan itu mudah-mudahan hubungan yang terjalin akan memberi rahmat dan HIKMAH. Semoga dikurniakan anak kelak (lepas kawin la)...

6/02/2010

KAH KAH KAH ! ! !

LOVE EL NINO ! ! !

LOVE TORRES ! ! !

LOVE ! ! !


YOU MY LOVE ! ! !

TERIMA KASIH ! ! !

SALAM...

Mimi nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang sudi menjelajah blog Mimi ni dan sudi membaca coritan Mimi ni. huhu... Cerita dalam ni bukannya best pon tapi untuk suka-suka, buat lepas boring jek...

Blog Mimi tak secantik macam blog orang lain, Mimi punya biasa-biasa je. Yang menambah-nambah akseseri kat blog ni pun bukan Mimi, tapi sedara kesayangan yang edit... hahah kan dah kantoi... Tapi segala catatan adalah 100% Mimi yang menaip.

Tak sangka pulak pengikut semakin bertambah walaupun tak sampai 10 orang tapi rasa la juga ada orang yang sudi berkongsikan sesuatu dan sedar tentang keujudan blog Mimi ni... Terharu rasanya. Bilangan pengunjung pun bertambah walaupun tak sampai 70 or 80 pengunjung.. sedih nya.. :( tak pa...

Blog ni dulu lain sangat dan memang berubah segalanya. Dulu blog ni warna pink tapi sekarang dah menjadi warna hitam dan ada taburan salji. Tak lupa juga pada ikan-ikan. Dulu blog ni mana ada ikan-ikan tu semua. Lepas tu ada lagu lagi. Ni tak tau la.

Blog ni mungkin mengikut perubahan semasa kot, perubahan semasa tuannya. ahhaha

Sampai disini saja. tata Salam.

5/28/2010

HAPPY BIRTHDAY IBU ! ! !


SALAM...
Hia semua. Mimi menulis blog ni pada pukul 11:35pm. Lagi setengah jam menunjukkan pukul 12. Tepat sahaja pukul 12 kita semua akan menemui hari baru. Hari baru itu merupakan hari ulang tahun ibu yang ke 4+. Berpenat lelah Mimi menghasilkan gambar yang secantik ini, dengan brodbang yang begitu lemah lembut membuatkan iman Mimi kuat, ha3!.
Mimi nak ucapkan SELAMAT HARI JADI khas untuk Puan Saemah Binti Ardi yang menyambut ulang tahun pada 29/5. Semoga ibu panjang umur, sentiasa sihat, duit masyuk, dan sentiasa bahagia.

5/21/2010

BULAN YANG MENGERINGKAN


SALAM...

Sebelum tu nak bagi tau bace tajuk kat atas tu betul-betul yek. Cerita ini memang la rekaan semata-mata tetapi ianya merupakan suatu rialiti dalam kehidupan Mimi. Cerita ini sememangnya menyayat hati sesiapa yang membacanya.

Ceritanya macam ni, pada awal bulan iaitu 1 Mei merupakkan hari pekerja juga merupakan hari jadi kawan Mimi. Oleh sebab masa hari jadi Mimi dia bagi Mimi hadiah, maka haruslah Mimi membalasnya. Ia merupakan pengeringan yang pertama. Pengeringan ini kerana Mimi habis duit untuk membeli hadiah hari jadi kawan Mimi. Berpuluh juga la Mimi kena keluar.

Punca pengeringan yang ke-2 ialah senperna Hari Ibu Sedunia. Sehubungan itu Mimi mewajibkan diri Mimi untuk membeli hadiah untuk ibu walaupun cuma perhiasan telefon. Tahun ini merupakan tahun ke-2 Mimi bagi ibu hadiyah semperna hari ibu, tetapi hari guru Mimi tak bagi ape-ape. huhuhu....
Punca pengeringan yang ke-3 ialah disebabkan ulang tahun ibu. Lagi menyayat hati. Mimi dah rancang sesuatu untuk menyambut hari jadi ibu. Takde la buat party besa-besaran, hanya sekadar ahli keluarga saje. Memandangkan keluarga Mimi besar maka wang yang akan keluar juga agak besar jumlahnya. Tapi tidak mengapalah kerana ibu seorang. 29.5 merupakan hari jadi ibu bersamaan hari Sabtu. huhu

Punca seterusnya ialah semperna Hari Persahabatan yang diadakan di sekolah. Disebabkan Mimi ni ramai la jugak kawan jadi terpaksalah memberi kawan-kawan hadiah. Banyak la jugak duit kene keluar. huhuh. Tidak mengapalah demi kawan. Tambahan pula tahun ni merupakan tahun akhir menyambut hari persahabatan di sekolah.

Faktor selanjutnya ialah pengeringan kerana ulang tahun ayah. 4.6 ulang tahun ayah. Belum ada perancangan nak buat ape tapi sememangnya wang akan terbang. hahaha. Mungkin Mimi hanya belikan ayah hadiah yang tidak seberapa tetapi ikhlas daripada seorang anak.
Sekian sahaja cerita menyayat hati daripada Mimi.