3/28/2018

Bulan ke 7

Alhamdulillah kandungan aku dah 7 bulan. Perut semakin membesar baju dah semakin mengetat hehehe. Sepanjang pregnant ni Allah limpahkan kesihatan untuk aku, senang cita hari-hari happy tears sebap tetapkan dalam hati "ada MALAIKAT KECIL bersama aku & Allah sentiasa dengan aku".  So kita tak kan pernah rasa kita bersendirian, terharu sangat.
Aku boleh buat semua aktiviti harian aku macam biasa without any help ok. Tu bukan riak atau apa, tu pon rezeki dari Allah sebap masih beri aku tenaga untuk terus berjuang.  Ibu mengandung ni kan sentiasa dalam keadaan berjuang hheee. Memasak, bekerja, drive etc semua masih mampu aku buat, alhamdulillah.
Bulan-bulan awal aku mengandung aku tak terlalu hebohkan sangat pasal kandungan aku ni. Sebap aku sendiri dapat rasakan seksanye menanti kehadiran MALAIKAT KECIL ni. Aku menanti selama 7 hingga ke 8 bulan. Tu pon satu tempoh yang sangat lama bagi aku. Sebap tu Allah hadirkan MALAIKAT KECIL ni dalam tempoh 8 bulan, kalau lebih mungkin aku gila kot sebap dah set negatif thinking kat kepala.Lagi pun ramai kawan-kawan aku yang kawin lebih awal dari aku belum dikerniakan cahaya mata. Jadi bia la kandungan aku dah lebih 3 bulan baru semua orang tau, tu pon aku takda la show off kat FB ke IG ke, sebap orang kata kan "kebahagiaan jangan ditunjuk . . ." sebap tu tak up date sangat. Apa-apa pun doa kan kami di jauhkan dari sebarang kesulitan k, semoga semuanya terus dipermudahkan. Aminn inn shaa Allah.

p/s:bonda tunggu kehadiran awak sayang. Semoga Allah pertemukan kita di dunia ini. Awak pengikat kasih & sayang kami.

3/27/2018

Pantun 4 kerat

Biar takda aku
Sebap aku menyakitkan
Jangan kata rindu
Sebap ia menyakitkan


3/20/2018

bosan

rasa membuak2 hati nak bercerita. tapi kekangan masa tak mengizinkan. ok