12/26/2016

Dinding Hajat

Aku tiba2 teringat . . . dulu masa aku sekolah aku suka tulis kat dinding bilik. Aku tulia apa yang aku nak. Bukan 1 atau 2 bbenda yang aku tulis, 10 benda juga yang aku tulis. Tiap apa yang aku nak aku tulis, kalau ada benda baru yang hajatkan aku akan tulis.
Setiap apa yang aku tulis kat dinding tu semua aku dapat, cuma cepat atau lambat. Saksi semua tu YANA. Dia sendiri baca setiap apa yang aku tulis. Walaupun dia sendiri yang bedekah. Macam lawak, tapi hakikatnya aku dapat apa yang aku nak
Masa aku belajar aku terbuat tabiat tu, tulis kat dinding bilik (rumah sewa) bersaksikan roommate aku. "semakin hari semakin susah untuk mendapatkan . . . " Aku tak pasti kesukaran apa. Hati aku berat sangat masa tulis ayat tu. Jiwa kacau kot.
Sampai sekarang aku tetap menulis kat dinding, dinding hati. Aku harap sangat dinding hajat sentiasa ada untuk aku menulis madah, luahan, hajat, doa & harapan.

p/s : yaAllah kau tetapkanlah hatiku. KAU jadikanlah Aku seorang wanita yang KUAT SABAR & BERANI dalam menumpuh hari2 ku. aamiinn.

12/11/2016

Cik / Puan



Ya Allah sebaknya hati bila tengok kad Kawin sendiri. Banyak kali aku berbisik sendiri, banyan kali hati terdetik "sempatkah aku layakkah Aku?"

andai kata usia tak mengizinkan untuk aku menapat seorang imam@suami izinkan aku menjadi anak yang solehah untuk ibu ayah ku
andaikata usia ku panjang izinkan aku menjadi seorang makmum@isteri yang taat kepada perintah Allah dan taat kepada suami

semoga Allah permudahkan segala urusan JODOHku
jadikan aku seorang wanita yang KUAT SABAR dan BERNI. aamiin

#memujujHati

10/12/2016

perwira Hati beta

Terharu rasa bila diri sendiri rasa disayangi dan dihargai. Bukan mudah untuk kita menerima seseorang dalam hidup kita lagi2 orang yang baru kita kenal. 

Pekenalan kita mungkin terlalu singkat, tapi tak menjadi penghalang untuk tetap bersama.

p/s : kau kebahagiaan kau kegembiraan kau sinaran kau air mata kau segalanya. Aku manusia biasa yang sering menyakiti hati manusia lain. andai umur kita tak panjang, aku dapat rasa kasih sayang yang kau beri tetap berpanjangan.

8/18/2016

bila sorang2

Assalamualikum . . .

syukur ya Allah kerana masih beri aku kesempatan untuk merasai nikmat hidup sampai ke hari ni.

semakin hari semakin singkat. semakin singkat menyebapkan semakin gelisah. Aku cuma mampu berdoa hari2 semoga dipermudahkan segalanya.

update blog sambil dengar kak Lin, makin sayu malam Aku ni.

p/s: Aku bersyukur kau yg ditakdirkan untuk aku. Aku bukan kesempurnaan bagi kau, tapi cukup kau untuk lengkapkan hari2 Aku. belum mampu luah segalanya, tp cukup setakat ni.

7/09/2016

aku

tak semua Aku mampu luahkan
tak semua Aku mampu tangiskan
tak semua Aku mampu perkatakan

kadang hati aku keras sampaikan
dengar lagu sedih ape pon
tengok cerita apa pon
tak terkesan bagi Aku

kadang hati aku lembut sampaikan
dengar muzik lagu je pn
tengok tajuk cerita je on
cukup terkesan bagi Aku

p/s: kau belum cukup kenal aku. kau belum cukup faham tentang diri Aku. Aku cuma membosankan

#airMata
#4syawal
#2016

4/29/2016

mimi

Aku tak pernah impikan sebuah istana mahupun mahligai
Aku tak mintak emas mahupun belian
Aku tak harap kemewahan atau kesenangan
Apa yang aku harapkan suatu hari nanti Allah makbulkan hajat aku sejak kecil
Aku dapat seorang imam yang mampu menjadi imam Aku walaupun hanya untuk satu solat fardhu
Masa tu kalau Allah tarik nyawa Aku, Aku rasa Aku mati dalam kesyujuran dan nikmat hidup
Aku menangis sebap rindukan hajat Aku yang satu, walaupun sekali seumur hidup

yaAllah