Assalamualaikum bby blog :) Have a nice day my dear. Hari ni Mimi nak share cerita tentang dugaan seorang pelajar IPT. Sedih kalau nak ingat balik cerita ni. Walau apa pun jadi nak cerita juga, sebab nak cerita pun bersebab juga. Huummm sedih nye.
Before this Mimi ada masalah dengan rumah sewa and housmate. Kalau perempuankan biasa la banyak masalah, kalau lelaki cool je an. Perempuan kalau tak mulut mesti sebab hati. Susah betul nak faham hati and sifat perempuankan?
Sem 1 Mimi duduk asrama Teratai tapi keluar duduk rumah sewa. Sapa boleh tahan kalau duduk asrama yang macan asrama budak-budak jahat (bak kata ayah) hheee. Sem 2 Mimi duduk rumah sewa Jalan Permai 3. Rumah sewa pertama je dah ada dugaan sebab kena duduk dengan sinior dah la kos pun lain. Mimi rasa terabai sangat time tu hhummm. Sem 3 Mimi pindah lagi, duduk Desaru Utama rumah 2 tengkat. Boleh dikatakan rumah PUAKA la ni. Hhahahha. Macam-macam benda jadi kat rumah PUAKA ni. Kena halau la, kena buang macam sampah la, perangai housmate macam budak-budak, macam-macam lagi la. Kenanga paling sedih kena halau la, dah la time tu bulan puasa lepas tu si PUAKA tu bagi masa seminggu je untuk kita orang cari rumah sewa. Time tu dah tak fikir lain terus menangis. Apa nak cakap dengan ayah ibu, apa alasan nak bagi kena halau dari rumah tu. Sedihnya masa tu, Allah je yang tahu. Sekarang ni Mimi duduk rumah sewa yang ke-3, Desaru Utama juga tapi rumah 1 tingkat duduk 6 orang. Lebih sempurna dari sebelum ni :).
Tu baru dugaan rumah sewa, dugaan lain belum senaraikan lagi tu. Hhheee. Ingatkan lepas kita orang keluar dari rumah PUAKA tu semuanya dah senyap, rupa-rupanya makin menjadi-jadi si PUAKA tu. Dia game orang lain macam dia game kita orang. Tersangatlah PUAKA dia tu. Boleh pulak si PUAKA tu buat orang lain macam binatang eak. Tunggu la balasan yang kau akan dapat nanti, memang tak senag la hidup kau orang. Bukan seorang je yang mendoakan keburukan untuk kau orang, tu je lah.
Kalau tak jadi macam ni kita tak kenal dunia kekejaman macam mana, kita tak kenal macam mana manusia berhati busuk. Banyak benda baru yang jadi, yang sedih yang kecewa, merana, terseksa, macam-macam lagi lah. Semua ni membuatkan Mimi lebih matang and lebih mengenali dunia luar. Benda paling penting sekali jangan mudah percaya orang 100%. Walau apa pun yang akan jadi kita kena ingat kita tetap ada keluarga yang sentiasa bersama kita dan Allah yang tak pernah berenggang dengan kita walau pun sesaat.
Banyak benda yang Mimi nak kongsi tapi penat la nak menaip. HHeeeee. Terima kasih kepada siapa yang membaca. Jangan lah kita benci-membenci sebab benci bukanlah sifat yang mulia (aku tetap benci kau si PUAKA). Hheheheh.
# Tak salah menangis kerana dengan menangis dapat mencuci mata kita :)