7/28/2019

Hana 1hari - 1tahun




























Assalamualaikum dan selamat melawat semua. Nama si comel ni HANA NURNADIA BINTI MOHAMAD KHAAMIM. Bila dah ada anak ni tukar panggilan k, call me BONDA hahaha. Nanti Hana dah besar Hana boleh tengok gambar-gambar Hana kat blog bonda ok, ni gambar Hana dari 1hari hingga 6bulan. Bonda nak share sikit pengalaman bonda sepanjang mengandungkan Hana.

Sepanjang bonda mengandungkan Hana Allah memudahkan semua urusan bonda, kesihatan bonda makan minum bonda semua takda masalah. Hana dalam perut bonda selama 10 bulan lebih tau. Doktor berani tarik hari sebap bonda sihat sepanjang 10 bulan tu. Hana tak banyak ragam, semuanya ok.

First symmetry bonda takda alahan apa-apa, takda morning sickness, selera makan pon ok. Bonda bersyukur sangat. Bonda tak dapat bayangkan macam mana kalau bonda tak sihat time tu, mesti bonda tak terurus, kerja tak settle, semua serba serbi tak siap. Tu lah kuasa Allah, Allah bagi bonda dan Hana kekuatan dan kesihatan.

Second symmety bonda takda apa-apa masalah juga. Tapi baba yang menanggung segala sakit, mengidam, symtom yang biasa ibu-ibu mengandung dapat semua baba dapat. Bonda cuma mengidam sikit la takda la yang teruk-teruk atau yang tak masuk akal. Makanan yang paling susah nak dapat pavlova, makanan yang takdapat buah berangan, lain-lain alhamdulillah bonda dapat makan sepuas hati.

Third symmetry pon alhamdulillah bonda sihat juga. Allah bagi bonda nikmat yang bonda tak pernah rasa seumur hidup. Bonda hargai setiap saat sepanjnag Hana dalam kandungan.Sehari sebelum bonda serah diri ke hospital, bonda makan durian banyak sangat, bonda makan sorang-sorang tau. Bonda makan sorang-sorang kat parking kereta sampai semua cari bonda tak jumpa. Terukkan.

Masa mengandungkan Hana bonda selalu berendam, pergi mandi pantai, mandi kolam, takda la selalu cuma ada la. Amalan yang bonda sentiasa amalkan hari-hari, bonda akan dengar youtube than dengar surah Mariam, surah yusuf & surah luqman. Bonda selalu dengar alunan al-quran, zikir harian, selawat & doa-doa harian. Dari segi pemakanan pula bonda mesti minum susu 2 gelas 1 hari, makan banyak buah, makan banyak sayur, makan makanan sihat. Bonda kena makan 4 jenis ubat dari klinik untuk HAna. Hasil dari permakanan yang sihat dan ubat klnik tu la Hana sihat, kulit cantik, tulang kuat, walaupun berat Hana masa lahir cuma 2.28kg sahaja, bonda tetap berstukur.

Bonda lahirkan Hana di Hospital Sultan Ismail, kira hospital pakar sebap over due. Sampai je hospital terus daftar than bonda terus kena tukar baju. Lepas je tukar baju bonda kena masuk ubat, bonda tak tau ubat apa, lepas tu bonda dipindahkan ke wad biasa. Dalam tempoh yang diberikan bonda masih tak rasa apa-apa contraction, sakit sikit pon tak. Lepas tu bila doc datang chek jalan and air kebuban, doc cakap air ketuban dah pecah and Hana dah berak sikit dalam perut bonda. Bonda try cool relax sebap my first experience and bonda tak faham apa-apa. Tak lama lepas tu doc datang dia suruh bonda puasa sebap nak operated, sebap Hana dah berak, bonda masih tak faha masa tu tapi bonda yakin anak bonda sihat dan selamat.  

Lepas beberapa jam datang doc pakar pula untuk pastikan keadaan bonda dan Hana. Doc pakar cakap it not to dangerous sebap Hana baru berak sikit je. Tak lama lepas tu bonda diarah untuk masuk ke labour room. Sampai je bonda kena induce, masa tu dos cuma 2 je. Bonda still tak rasa apa-apa contractions, than nurs tambah lagi dos tambah lagi dos sampai bonda rasa contraction yang sakit sangat. Bonda menanggung sakit dari pukul 10am 27hb sehingga 4am 28hb. Allah je yang tahu betapa peritnya betapa sakitnya hendak bertarung dengan nyawa. Sampai je 4am jalan baru 8cm, bonda dah tak tahan sangat, so time tu dengan bantuan nurs bonda selamat lahirkan Hana. Syukur Ya Allah. Lega sangat bila Hana dah keluar, penantian selama ni terjawab. Hana sihat dan solehah. Jahitan pon tak banyak cuma 3 je.

Beberapa jam selepas nurs selesaikan Hana dan bonda, kita di pindahkan ke wad biasa. Untuk jam pertama bonda dengan Hana bonda tak tau nak buat apa. Bonda risau kalau-kalau bonda kena bermalam atau kena tahan lagi. First time bonda bagi Hana breastfeeding macam nak menikik air mata bonda, bonda tahan sebap nurs tengah ajar bonda. Hana isap susu laju sangat, yela mana taknya duduk dalam rahim bonda dekat 11 bulan mau tak lapar hahah. Bila bonda nak pakaikan awak baju bonda chek pempers awak, i'am happy sebap Hana berak. Sebap kalau baby dah berak boleh balik. Bonda bersyukur sangat, Allah bagi bonda rehat dekat rumah.  Tengahari kita dah selamat sampai rumah atok dan nenek.

Dan hari-hari berikutnya bonda jaga Hana mudah sangat, Hana tak banyak ragam. Cuma Hana sebulan sekali mesti meragam, orang tua-tua kata nak tukar bulan. Tapi bonda ok je sebap hana menangis pos still baby face hahaha. Bonda hargai tiap detik tu. Bonda dalam hari tak mandikan Hana, Cik Nana, baba dengan nenek yang mandikan.

Proses pergerakan Hana agak cepat, Hana pandai mengereng cepat, duduk cepat, merengkak pon cepat. Hana lambat berjalan, hari ni 28 Julai 2019 Hana genab 1tahun 1bulan but Hana still belum pandai berjalan, bertatih sendiri pon Hana tak nak, dan gigi Hana baru tumbuh 2 batang hahaha. Hana manja tak nak berjalan awal sebap nak kena dokong selalukan.  Love u baby.

Sampai sini dulu bonda cerita. Hana cepat la pandai cakap, nanti bonda cerita semua dengan Hana.Pesana bonda untuk Hana, semoga Hana jadi anak yang taat dengan perintah Allah, kuat pegangan agama, kuat pendirian, kuat iman. Dalam dunia ni sayang, semua benda yang kita nak kita kena mintak pada Allah. Kalau kita mintak pada manusia, belum tentu janji ditunaikan. Tapi kalau kita mintak pada Allah, Allah tak pernah tolak cuma lambat atau cepat. Allah akan bagi pada masa yang sesuai, tempat yang betul, dan keadaan tepat, percayalah.

Salam sayang bonda untuk Hana .


No comments:

Post a Comment