11/25/2017

HATI & FIKIRAN


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Bila Allah mengatur semua langkah kita . . .
Tika Allah merancang zereki kita . . .
Dikala Allah mendengar doa kita . . .

Bila kandungan aku genab 3 bulan, banyak perubahan dalam hati & fikiran aku.
Alhamdulillah syukur ya Allah, KAU berikan aku kekuatan, kesihatan sepanjang 3 bulan aku mengandung. KAU jauhkan aku dari segala sakit mual. Ya Allah nak menangis rasanya sepanjang aku mengandung, banyak yang KAU permudahkan untuk aku.

Hai anak . . .
Kami sangat menanti mu
1 hari nanti kami akan mendengar pangilan BABA & BONDA dari mulut comel itu

Hai anak . . .
Sihatlah engkau dalam kandungan
Bahagialah engkau bersama kami
Maafkan kami sekiranya kau terseksa
Ampuni kami sekiranya kami berdosa

p/s : hati sentiasa terdetik "kenapa hati aku sentiasa curiga, kenapa hati aku sentiasa syak wasangka, kenapa hati aku sentiasa sakit". fikiran aku sentiasa fikir yang buruk-buruk "mesti ada bla bla bla, mesti dah tak bla bla bla, mesti dah mula bosan dengan bla bla bla" Ya Allah jauhkan aku dari hasutan syaitan ya Allah. Lindungi orang-orang yang aku sayang ya Allah. Berilah aku peluang & ruang untuk menikmati syurga dunia MU yang sementara ini ya Allah.

No comments:

Post a Comment