nuffnang

10/27/2013

KALAU


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

kalau aku ada kuasa, aku dah ubah dunia ni..
kalau aku mampu buat semuanya tamba bantuan siapa pun, aku dah ubah segalanya..
tapi aku ni perempuan yang lemah, yang terlalu lemah yang selalu mengharapkan bantuan orang lain..

kalau aku ada kekuatan dan kehebatan, aku dah bunuh orang yang tak patut ada dalam dunia ni..
aku bunuh orang yang cuba halang apa yang aku buat..
setiap orang yang aku dah bunuh tu aku akan catat sebab kematian dia..
tapi aku tau hakikat sebuah dunia yang penuh dengan realiti kehidupan..

kalau aku ada keajiban, aku hapuskan semua kesedihan keperitan penderitaan aku
aku nak ulang balik ke masa silam dan aku ubah hidup aku dengan perkara yang boleh buat aku puas dengan kehidupan aku sendiri..
masa tu aku tak kan fikir siapa aku apa aku buat, cuma fikir kepentingan diri aku je..
tapi semua tu hanya mimpi, hanya Allah yang mempunyai keajaiban tu..

Sifat tu semua datang dari hasutan syaitan je, sebab kita tengah marah. Hakikat sebenarnya kita tak perlukan semua tu, sebab Allah dah cipta kita sebaik-baik ciptaan. Kalau kita betul ada semua kekuatan dan keajaiban tu, hidup kita sendiri yang akan susah. Mungkin kita akan bangga kalau kita dapat tu semua tu tapi tu semua hanya sementara. Syukur apa yang telah Allah kurniakan pada kita. 
Semalam adalah sebuah kesedihan bagi aku..
Hari ini adalah suatu hayalan..
Hari esok belum tentu sinaran yang datang..

Kalaulah aku boleh dapat lihat masa depan aku...


No comments:

Post a Comment