nuffnang

5/29/2013

I love u

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum
 
ha nampak tak muka kesukaan (happy)?
hehehe. jangan lupa tengok bibir k, warna merah coklat.
semperna gamba bahagia ni, mimi nak buat ucapan khas untuk insan tersayang.
hapy bfday ibu. semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
semoga 49 menjadi umur yang bermakna.
29/5 merupakan ulang tahun ibu yang ke 49.
waahhh dah berusia jauh dah ibu.
tahun ni ibu beruntung sangat sebap dapat sambut ulang tahun di tanah suci.
mimi tumpang gembira. 
semoga umur baru ni dapat mengubah segalanya menjadi yang lebih baik.
bersyukur dapat ibu.
the best mama in my heart.
 

5/27/2013

kaca mata, berbibir pink


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

Hari ni 28/5/13 genap 20 hari pemergian aruah nenek tersayang. Genap 8 hari ibu dengan ayah pergi mengerjakan umrah. Semoga ibu ayah dan jemaah lain sihat dan selamat disana, dan kepulangan yang akan ditunggu2.
Gamba atas ni, hehhe. Nak tunjuk kan bibir tu sebenarnya :p
Pergi farmasi sebok mengetes segala lips yang ade. hhaahhaa.
Ok serius time.
Alhamdulillah, result mimi dah keluar untuk semesta 4 dan keputusan yang mimi dapat mimi bersyukur. Dapat 3.22 setimpal dengan usaha mimi yang tak berapa rajin ni.
Setiap semesta ada je dugaan yang mimi kena lalui. Tapi semesta 4 ni mimi rasa semesta yang terlalu banyak dugaan dan kesedihan. Mimi terlalu dekat dengan emosi kesedihan. Kawan2. Percintaan. 
Mimi bersyukur sangat ramai yang ambil berat pasal mimi, mimi hargai. Mimi baru sedar selama ni orang sekeliling mimi terlalu ambil berat pasal mimi.
Mimi sangat berterima kasih kepada sahabat2 blog yang sudi baca setiap entry mimi. Mimi bukan nak berkongsi kesedihan, mimi nak sahabat2 mimi muhasabah diri. Setiap masalah yang kita dapat tak sehebat masalah yang orang lain dapat. Kita kena redha dan ingat Allah sentiasa ada bersama kita.

p/s : ku tunggu pemilik tulang rusuk ini  

5/16/2013

Kehilangan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum

Hari ni hari Jumaat, merupakan penghulu segala hari. Hari ni 17/5/2013 genap 9 hari aruah nenek meninggalkan kami sekeluarga.
 Malam tadi Mimi asik teringat je kat nenek. Perkara yang Mimi tak boleh lupakan masa nenek jaga Mimi kecik2. Nenek bukan jaga Mimi je, semua cucu2 nenek pon nenek jaga. Benda yang paling Mimi rindu ialah, masakan nenek. Kalau dulu nenek sihat ada je makanan yang nenek bagi, sedapppp. Di sebab duduk dengan atok dan neneklah Mimi boleh makan semua benda tanpa ada alahan atau pun geli. Hhehhe. Ikan sungai ke, belot ke, ikan parit ke smua Mimi boleh makan. Telo burung unta, eahh semua benda la Mimi makan. Segala jenis ulam Mimi makan kecuali jengkol yang tak pernah rasa walaupon sekali.
Kalau dulu aruah atok perempuan belah ayah tingal kan kita orang, ni nenek belah ibu pulak pergi. Mimi selalu engat pesanan atok, atok la sumber nasihat cucu2nye. Sambal hijau ikan bilis, ppeerrhhhh sedap gile menu terangkat yang takda siapa mampu lawan! Pedas2, masin masam manis smua ade, tebaik lah.
Aruah atok dengan nenek pergi pon sebab taknak menyusahkan anak2 dia.
Walaumacam mana pon nenek dan atok dah bahagia di syurga kan.
 Nak menumpang kasih dekat nenek sapa pulakkan?
Tapi tak sama kasihnye macam nenek2 kita.

Al-fatihah 
armarhum Rabu bin Kasanawawi
armarhum Ihsan bin Rabu
armarhumah Siah binti Abu Sahim
armarhumah Imah binti Hapas

5/03/2013

Hati Salju Mimi

 
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Mimi tak tau kenapa, mimi solat magrib td hati mimi rasa sedih dan sayu je masa sujud yang terakhir. Mimi bagi salam macam salam yg terakhir je. 
Masa mimi berdoa, xmampu nak habiskan doa, air mata tiba2 mengalir masa baca doa untuk ibu bapa. habis doa, menitis air mata, rasa tenag kat hati.
Apa lagi petunjuk yang Allah nak bagi. Apa lagi agaknya perkara buruk yang akan berlaku. Allah xnak mimi leka & alpa, Mimi mesti bersedia dengan apa yang akan berlaku lepas ni.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua.
Sesungguhnya setiap apa yang kami lakukan kami niatkan hanya keranamu Ya Allah.
 Aaminn..


p/s : gamba xde kaitan :)