nuffnang

7/03/2012

tErDeTiK

Assalamualaikum, I comeback my dear! Miss you la my bby blog. Mimi nak date dengan bby tapi masa sangat tak mengizinkan la, kalau nak date je ada je yang tak mungkinkan kita. Hidup ni ramai sangat yang cemburu kan kita.
Mimi nak luahkan sesuatu kat bby, ada la benda yang tak sedap didengar. Tajuk besar tentang CEMBURU. Semua orang mesti ada sifat cemburu kat orang lain kan. Mimi tak nafikan yang Mimi pun macam tu juga tapi Mimi punya cemburu ni masih di tahap terkawal lagi ok. 
Tapi Mimi kesian la kat orang yang suka sangat buat orang lain cemburu, contohnya menunjuk riak takabur dan yang seangkatan dengannya. :)Orang cemburu ni boleh jadi dengan macam-macam benda tapi tu lah...
Tabiat orang ni macam-macam kan, perangai orang pun macam-macam. Orang kata orang yang jenis cakap lepas ni bagus sebab jujur. Ok orang cakap lepas tu jujur, tapi jenis ni ade salahnya juga. Contohnya lepas cakap je yang menyebabkan hati orang lain terguris atau bahasa lain terasa.
Mimi masih boleh terima lagi dengan orang yang macam ni tapi Mimi ni ada mod yang tak tentu. Mimi tak ambil hati setiap apa yang die cakap pasal Mimi, tapi kalau ada benda yang menyebabkan hati Mimi terdetik tu dah lain cerita la. 
p/s : kita ni tak tahu apa yang akan terdetik di hati orang setiap apa yang kita cakap atau pun buat. kalau boleh kita fikir dulu apa yang kita nak buat sebelum bertindak.. Untuk rakan semua dan diri yang serba kekurangan ini. :D

No comments:

Post a Comment