nuffnang

5/02/2012

HiDuP kItA


Assalamualaikum. Hey dear my bby blog. Miss you so much. Ni lah kalau sedih tempat mana lagi nak cari tempatnya. Nak cerita dekat orang takut orang tak terima pula, tak pun orang mesti ingat kita mintak simpati orang. Ni dah memang jadi lumrah duniakan, tapi kalau kita cerita dekat blog pun nanti orang becakap juga. Memang la cerita yang kita ‘karang’ benda yang betul tapi taknak la cakap kita ni buat benda yang salah. Tak ramai pun yang suka baca setiap apa yang orang update kat blog lagi-lagi blog yang tak top ni.
Ni lah dunia macam-macam yang kita kene terima. Satu perkataan yang sangat bermakna adalah IBU. Tapi tak kurang hebatnya dengan perkataan AYAH, ye AYAH. Ayah lelaki, kalau dah lelaki kita boleh terbayang beban dan tanggungjawab orang yang bernama lelaki. Kita perempuan tak kan pernah tahu dan rasa apa yang lelaki galas. Tanggungjawab AYAH saya :
1.       Ayah kepada anak-anak
2.       Suami kepada isteri
3.       Bekerja untuk menyara keluarga
4.       Tanggungjawab kepada keluarga
5.       Memikirkan masah pekerjaan
6.       Masalah keluarga
7.       +++++++++
Sebap itu lah Allah telah menciptakan lelaki dengan lebih akal daripada nafsu. Memang ada hikmah disebalik itu semua dan Allah menjadikan sesuatu itu sesuai dengan kehendaknya. Tanggungjawab yang digalas oleh ayah sama dengan lelaki, sebap itu akal yang lebih dikurniakan oleh Allah untuk lelaki merancang yang terbaik untuk keluarga, pekerjaan dan tanggungjawab. Lelaki atau ayah dalam sesuatu hal adalah ketua dan ketua itu perlu merancang semuanya. Akal yang dikurniakan itu harap segala masalah dapat diselesaikan dengan tindakan yang positif.
Saya ini hanya insan yang kerdil yang tak mampu untuk membuat keputusan atau menyuarakan pendapat. Masalah yang datang tak pernah berhenti, lepas satu tak lama satu lagi masalah yang datang. Orang yang mendengar tidak sama dengan apa yang orang lalui, berat bahunya memikul tak sanggup kita lalui tapi hanya mampu melihat. Mungkin kita terlalu gembira masa kita senang dan lupa kesenangan akan berakhir dengan kesedihan. Masa senag juga kita lupa berterima kasih dengan Allah dan lupa masa susah yang akan kita lalui masa akan datang. Ye, dulu kami bahagia dan sangat bahagiat. Tu lah terlalu bahagia sehingga lupa kita juga akan bersedih, dan tak sanggka kesedihan tu lama sangat.
Mengharapkan sinaran dan kebahagian dalam kehidupan sekarang. Bila semua ni nak berlalu? Semoga Allah kejutkan kita semua agar tidak selalu lalai dengan kesenangan sekarang. Dan berharap semua ni akan cepat berlalu pergi dan membuat kami semua sedar. Amin..

No comments:

Post a Comment