nuffnang

5/12/2012

harimu IBU

Assalamualaikum, hey dear. Hari ni hari Sabtu 12/5/2012 dan esok hari Ahad 13/5/2012. Pertama sekali cuba lihat gambar di atas dengan mata hati yang paling dalam sekali. Mungkin tak sama apa Mimi rasa dengan apa yang orang lain rasa. Gambar ni dah lama sangat, umur pun dalam 6 atau 7 tahun. Gambar yang cukup indah dan cantik.
Semua orang tahu atau tak semua tahu 13/5 adalah hari yang bermakna bagi seseorang yang telah bergelar IBU, ye 13/5 adalah HARI IBU. Seperti tahun-tahun yang sudah Mimi ada bagi ibu hadiah sama ada beli taupun buat sendiri. Tapi tahun ni Mimi takda buat apa-apa pun. Terlepas pada hari ibu tapi Mimi ada hari jadi ibu, hheeee.
Bagi Mimi tak salah kalau nak sambut hari ibu, memang hari-hari lain tetap ibu juga semuanya ibu tapi adanya 1 hari untuk ibu bagi mengenag jasa ibu. Mengenag jasa tak perlukan hari yang tetap tetapi benda baik yang kita buat hari-hari dah cukup mengenag jasa bagi seorang ibu. Adanya hari ibu ni sekurang-kurangnya ibu boleh merenung masa silam, mungkin dulu anak seorang 2 je tapi sekarang dah berderet siap dah ada cucu lagi. Ye lah ibu ni kan orang perempuan yang suka merenung nasib, kesusahan kepayahan dulu mesti dibandingkan dengan kesenangan sekarang.
Kita ni sebagai anak tak akan dapat nak balas jasa ibu kita. 9 bulan kita dalam perut ibu, hari-hari dalam perut kena belai, sayangnya ibu dekat kita. Sebagai anak apalah yang mampu kita beri. Kalau ada duit boleh la beli baju baru ke periuk kuali baru ke, habis yang tak da duit ni apa yang nak diberi? Pandai pun tak boleh nak kata pandai, markah pun cukup-cukup untuk terus belajar macam mana nak balas jasa kalau macam tu.
Apa yang mampu kita buat sebagai anak cuma mendoa kan, hanya Allah yang mampu membalas semau jasa baik ibu kita. Kita doakan kesihatan, kesejhteraan, kebahagian, sentiasa dilindungi oleh Allah. Untungnya Mimi ni masih ada ibukan, orang lain yang tak pernah jumpa dengan ibu kandung sendiri mesti sedih. Hargai ibu kita yang dah melahirkan kita, sentiasa doa kan ibu dan tak lupa ayah keluarga sahabat dan semua umat Islam.

No comments:

Post a Comment