nuffnang

5/12/2012

harimu IBU

Assalamualaikum, hey dear. Hari ni hari Sabtu 12/5/2012 dan esok hari Ahad 13/5/2012. Pertama sekali cuba lihat gambar di atas dengan mata hati yang paling dalam sekali. Mungkin tak sama apa Mimi rasa dengan apa yang orang lain rasa. Gambar ni dah lama sangat, umur pun dalam 6 atau 7 tahun. Gambar yang cukup indah dan cantik.
Semua orang tahu atau tak semua tahu 13/5 adalah hari yang bermakna bagi seseorang yang telah bergelar IBU, ye 13/5 adalah HARI IBU. Seperti tahun-tahun yang sudah Mimi ada bagi ibu hadiah sama ada beli taupun buat sendiri. Tapi tahun ni Mimi takda buat apa-apa pun. Terlepas pada hari ibu tapi Mimi ada hari jadi ibu, hheeee.
Bagi Mimi tak salah kalau nak sambut hari ibu, memang hari-hari lain tetap ibu juga semuanya ibu tapi adanya 1 hari untuk ibu bagi mengenag jasa ibu. Mengenag jasa tak perlukan hari yang tetap tetapi benda baik yang kita buat hari-hari dah cukup mengenag jasa bagi seorang ibu. Adanya hari ibu ni sekurang-kurangnya ibu boleh merenung masa silam, mungkin dulu anak seorang 2 je tapi sekarang dah berderet siap dah ada cucu lagi. Ye lah ibu ni kan orang perempuan yang suka merenung nasib, kesusahan kepayahan dulu mesti dibandingkan dengan kesenangan sekarang.
Kita ni sebagai anak tak akan dapat nak balas jasa ibu kita. 9 bulan kita dalam perut ibu, hari-hari dalam perut kena belai, sayangnya ibu dekat kita. Sebagai anak apalah yang mampu kita beri. Kalau ada duit boleh la beli baju baru ke periuk kuali baru ke, habis yang tak da duit ni apa yang nak diberi? Pandai pun tak boleh nak kata pandai, markah pun cukup-cukup untuk terus belajar macam mana nak balas jasa kalau macam tu.
Apa yang mampu kita buat sebagai anak cuma mendoa kan, hanya Allah yang mampu membalas semau jasa baik ibu kita. Kita doakan kesihatan, kesejhteraan, kebahagian, sentiasa dilindungi oleh Allah. Untungnya Mimi ni masih ada ibukan, orang lain yang tak pernah jumpa dengan ibu kandung sendiri mesti sedih. Hargai ibu kita yang dah melahirkan kita, sentiasa doa kan ibu dan tak lupa ayah keluarga sahabat dan semua umat Islam.

5/10/2012

Hari penting

Assalamualaikum to dear my bby blog. I wish all my blved will be ok. Apa cerita kali ini, hanya hati ini sahaja yang tahu dan sebentar lagi akan terluahlah ianya.
1 mei keluar dengan SEKAWAN tapi tak seberapa la sebab ramai yang takda. Ada yang kerja ada yang sibuk dengan urusan peribadi macam-macam lagi la. Apa yang kita orang rancang semua jadi yang sebaliknya. Mula-mula rancang nak pergi lepak Hutan Bandar, punya la semangat siap bawak bordband dengan leptop lagi tau punya la semangat. Sampai je hari yang dirangcang hujan pulak, terpaksa la tukar rancangan kita orang. Kesian kawan-kawan ku ye.
Tujuan keluar sebenarnya nak beli hadiah untuk someone spesial dalam hidup ni, siap keluarkan duit lagi tau. Kita orang pergi la Johor Premium Outlet (JPO) untuk beli hadiah yang sangat berharga walaupun harga yang tak seberapa. Kesian Aro, Zaza dengan Nik penat nak cari hadiah yang diingini tu. hehehe.. Puas satu JPO tu kita orang ronda, mula-mula dah jumpa tapi tak tahu nak pilih yang mana satu kita orang sambung ronda lagi mana tahu boleh jumpa barang lain yang berkemampuan. Puas ronda masuk semau kedai yang tah apa-apa semaunya tak berkenan, bukan apa kalau duit banyak sedap la ni duit cukup-cukup je so kenalah cari dengan jumlah duit yang ada.
Puas mencari pusing-pusing akhirnya ada la juga sebuah 'someting' yang rasanya ok dan menepati cita rasa orang muda. Orang muda? Pemilik barang tu masih dirahsiakan sehingga hari yang ditetapkan ya.
Rasanya tu jelah hari ni, sesuatu yang tak dirancang mesti takkann menjadi dengan sempurna seperti ini lah. hhumm. K nice day dear, lve u .......

5/02/2012

HiDuP kItA


Assalamualaikum. Hey dear my bby blog. Miss you so much. Ni lah kalau sedih tempat mana lagi nak cari tempatnya. Nak cerita dekat orang takut orang tak terima pula, tak pun orang mesti ingat kita mintak simpati orang. Ni dah memang jadi lumrah duniakan, tapi kalau kita cerita dekat blog pun nanti orang becakap juga. Memang la cerita yang kita ‘karang’ benda yang betul tapi taknak la cakap kita ni buat benda yang salah. Tak ramai pun yang suka baca setiap apa yang orang update kat blog lagi-lagi blog yang tak top ni.
Ni lah dunia macam-macam yang kita kene terima. Satu perkataan yang sangat bermakna adalah IBU. Tapi tak kurang hebatnya dengan perkataan AYAH, ye AYAH. Ayah lelaki, kalau dah lelaki kita boleh terbayang beban dan tanggungjawab orang yang bernama lelaki. Kita perempuan tak kan pernah tahu dan rasa apa yang lelaki galas. Tanggungjawab AYAH saya :
1.       Ayah kepada anak-anak
2.       Suami kepada isteri
3.       Bekerja untuk menyara keluarga
4.       Tanggungjawab kepada keluarga
5.       Memikirkan masah pekerjaan
6.       Masalah keluarga
7.       +++++++++
Sebap itu lah Allah telah menciptakan lelaki dengan lebih akal daripada nafsu. Memang ada hikmah disebalik itu semua dan Allah menjadikan sesuatu itu sesuai dengan kehendaknya. Tanggungjawab yang digalas oleh ayah sama dengan lelaki, sebap itu akal yang lebih dikurniakan oleh Allah untuk lelaki merancang yang terbaik untuk keluarga, pekerjaan dan tanggungjawab. Lelaki atau ayah dalam sesuatu hal adalah ketua dan ketua itu perlu merancang semuanya. Akal yang dikurniakan itu harap segala masalah dapat diselesaikan dengan tindakan yang positif.
Saya ini hanya insan yang kerdil yang tak mampu untuk membuat keputusan atau menyuarakan pendapat. Masalah yang datang tak pernah berhenti, lepas satu tak lama satu lagi masalah yang datang. Orang yang mendengar tidak sama dengan apa yang orang lalui, berat bahunya memikul tak sanggup kita lalui tapi hanya mampu melihat. Mungkin kita terlalu gembira masa kita senang dan lupa kesenangan akan berakhir dengan kesedihan. Masa senag juga kita lupa berterima kasih dengan Allah dan lupa masa susah yang akan kita lalui masa akan datang. Ye, dulu kami bahagia dan sangat bahagiat. Tu lah terlalu bahagia sehingga lupa kita juga akan bersedih, dan tak sanggka kesedihan tu lama sangat.
Mengharapkan sinaran dan kebahagian dalam kehidupan sekarang. Bila semua ni nak berlalu? Semoga Allah kejutkan kita semua agar tidak selalu lalai dengan kesenangan sekarang. Dan berharap semua ni akan cepat berlalu pergi dan membuat kami semua sedar. Amin..