6/05/2010

PASANGAN BAHAGIA


Cik Busu & Mak Usu

SALAM...

Kali ni Mimi nak berkongsi sedikit cerita tentang keluarga Mimi. Gambar pertama merupakan Cik Busu dan tunangnya juga bakal mak usu Mimi iaitu Cik Dila. Pasangan ni diantara Felda Bukit Besar dan Bukit Tongkat. Tak la jauh sangat tapi ada la jarak untuk bertandang ke rumah antara satu. Bagi pasangan yank ke-2 ni pulak merupakan pasangan bahagia Felda Bukit Besar. Lelaki tu merupakan abang Mimi iaitu Mohd Fateh dan yang perempuan tu pula Siti Hafizah merupakan tunang abang merangkumi bakal akak ipar menaik ke bakal menantu ibu dan ayah. Pasangan ni kedua-duanya merupakan anak jati Felda Bukit Besar. Jarak antara rumah agak dekat bak kata atok "kentot pon boleh bau". Nak buat macam mana kalau sudah jodoh.

Pasangan pertama akan melangsungkan majlisnya pada bulan 12, manakala pasangan ke-2 belum ditentukan kerana mereka masih muda. huhu.. Apa-apa pun Mimi mendoakan kebahagian kalian dan semoga hubungan kalian hubungan yang diredhai Allah. Dengan keberkatan itu mudah-mudahan hubungan yang terjalin akan memberi rahmat dan HIKMAH. Semoga dikurniakan anak kelak (lepas kawin la)...

1 comment: