nuffnang

5/28/2010

HAPPY BIRTHDAY IBU ! ! !


SALAM...
Hia semua. Mimi menulis blog ni pada pukul 11:35pm. Lagi setengah jam menunjukkan pukul 12. Tepat sahaja pukul 12 kita semua akan menemui hari baru. Hari baru itu merupakan hari ulang tahun ibu yang ke 4+. Berpenat lelah Mimi menghasilkan gambar yang secantik ini, dengan brodbang yang begitu lemah lembut membuatkan iman Mimi kuat, ha3!.
Mimi nak ucapkan SELAMAT HARI JADI khas untuk Puan Saemah Binti Ardi yang menyambut ulang tahun pada 29/5. Semoga ibu panjang umur, sentiasa sihat, duit masyuk, dan sentiasa bahagia.

5/21/2010

BULAN YANG MENGERINGKAN


SALAM...

Sebelum tu nak bagi tau bace tajuk kat atas tu betul-betul yek. Cerita ini memang la rekaan semata-mata tetapi ianya merupakan suatu rialiti dalam kehidupan Mimi. Cerita ini sememangnya menyayat hati sesiapa yang membacanya.

Ceritanya macam ni, pada awal bulan iaitu 1 Mei merupakkan hari pekerja juga merupakan hari jadi kawan Mimi. Oleh sebab masa hari jadi Mimi dia bagi Mimi hadiah, maka haruslah Mimi membalasnya. Ia merupakan pengeringan yang pertama. Pengeringan ini kerana Mimi habis duit untuk membeli hadiah hari jadi kawan Mimi. Berpuluh juga la Mimi kena keluar.

Punca pengeringan yang ke-2 ialah senperna Hari Ibu Sedunia. Sehubungan itu Mimi mewajibkan diri Mimi untuk membeli hadiah untuk ibu walaupun cuma perhiasan telefon. Tahun ini merupakan tahun ke-2 Mimi bagi ibu hadiyah semperna hari ibu, tetapi hari guru Mimi tak bagi ape-ape. huhuhu....
Punca pengeringan yang ke-3 ialah disebabkan ulang tahun ibu. Lagi menyayat hati. Mimi dah rancang sesuatu untuk menyambut hari jadi ibu. Takde la buat party besa-besaran, hanya sekadar ahli keluarga saje. Memandangkan keluarga Mimi besar maka wang yang akan keluar juga agak besar jumlahnya. Tapi tidak mengapalah kerana ibu seorang. 29.5 merupakan hari jadi ibu bersamaan hari Sabtu. huhu

Punca seterusnya ialah semperna Hari Persahabatan yang diadakan di sekolah. Disebabkan Mimi ni ramai la jugak kawan jadi terpaksalah memberi kawan-kawan hadiah. Banyak la jugak duit kene keluar. huhuh. Tidak mengapalah demi kawan. Tambahan pula tahun ni merupakan tahun akhir menyambut hari persahabatan di sekolah.

Faktor selanjutnya ialah pengeringan kerana ulang tahun ayah. 4.6 ulang tahun ayah. Belum ada perancangan nak buat ape tapi sememangnya wang akan terbang. hahaha. Mungkin Mimi hanya belikan ayah hadiah yang tidak seberapa tetapi ikhlas daripada seorang anak.
Sekian sahaja cerita menyayat hati daripada Mimi.