4/30/2010

SPM???

Salam.....
Semakin hari semakin hampir dengan hari peperiksaan. Tapi semakin itu jugak Mimi masih lalai dengan masa yang ada. Tiada sebarang perubahan yang berlaku pada Mimi walaupun peperiksaan besar semakin hampir. Sifat mahu berubah belum timbul lagi. Mimi tidak mahu menyesal dikemudian hari, tapi syaitan telah berjaya menguasai diri Mimi. Entah bila la agaknya Mimi hendak berubah dan muhasabahkan diri ini. Peperiksaan ini adalah peperiksaan yang besar dan yang menentukan masa hadapan serta yang menentukan kemana hala tuju kita selapas ini.

Mimi mengambil sains sosial dan subjek tambahan add math, perdagangan dan prinsip perakunan. Bagi Mimi ketiga-tiga subjek ini sememangnya susah. Tapi orang kata kalau rajin usaha senang la jadinya tapi kalau malas susuh la jadinya. Tapi sikap malas yang lebih menguasai diri menyebabkan Mimi tidak dapat menguasai semua subjek yang Mimi ambil. Sememangnya belum terlambat lagi untuk Mimi berubah tetepi kemahuan sendiri yang lebih terpesong menyebabkan Mimi meletakkan pelajaran di tempat yang ke-2.

Huhhhh..... Itu la kerjanya mengeluh saja. Selepas mendapat keputusan tiada maknanya untuk menyesal. Segala apa yang telah berlaku tidak perlu disesali. Umpama "nasi sudah menjadi bubur". Ketika ini lah kita dapat melihat orang yang berjaya dan orang yang gagal. Di sini juga kita dapat melihat siapa yang usahanya lebih dan siapa yang mengambil sambil lewa tentang peperiksaan ini. Segalanya akan mengubah kehidupan kita.

Kita berjaya bukan untuk orang lain sebaliknya untuk diri kita sendiri. Ibu bapa kita tidak pernag mengharapkan balasan daripada kita. Mereka hanya mahu melihat anak-anak mereka berjaya. Orang lain akan menumpang gembira dengan kejayaan yang kita kecapi. SPM juga akan menjadi titik pegmulaan untuk seseorang itu meneruskan kehidupan samada melanjutkan pelajaran atau pun hanya pekerja dan tidak akan menyambung pelajarannya.

Ayuh kita renungkan bersama.

3 comments:

  1. Bila bace balik mcm xcaye je Mimi yg wat.. hahaha!!!!!

    ReplyDelete
  2. Mimi~ good luck on your SPM..=) All the best.
    Chayoo Chayoo...!! you can do it!! =) =)

    ReplyDelete